SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Wednesday, April 21, 2010

Perihal Diri Penulis

Gambar penulis semasa bertugas Pengurus Stesen Sri Aman

Nordin Sulaiman dilahirkan 47 tahun lalu di Jalan Wireless, Kuala Terengganu. Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu pada 1971 sebelum melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Batu Burok (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Seri Budiman). Selepas menamatkan pelajarannya di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman pada 1984, Nordin kemudiannya meneruskan pendidikan di Univerisiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam bidang Komunikasi.

Beliau memulakan kerjaya awalnya di Angkasapuri pada 1988 sebagai Penyunting Berita di Seksyen Berita Radio. Sepanjang bertugas di RTM, Nordin sudah berkhidmat di banyak negeri, seperti Kedah, Terengganu, Kuching di Sarawak dan Kelantan. Jawatan terakhirnya sebelum bertukar ke Kuala Lumpur pada Jun 2010 ialah Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan.


Falsafah hidupnya ialah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Prinsip ini diterapkan kerana Nordin berasal daripada keluarga yang susah ketika kecilnya. Kesusahan itulah yang banyak membentuk sikap dan pemikirannya tentang sesuatu perkara. Beliau mendaki segala kepayahan dan keperitan hidup sehinggalah berjaya berada di tempatnya sekarang.

Semasa bertugas sebagai penyunting, Nordin sudah beberapa kali diberi kesempatan oleh jabatannya, RTM untuk membuat liputan peristiwa penting di luar negara khususnya melibatkan pemimpin negara. Antara negara yang pernah dilawatinya ialah Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, Mesir, Qatar, Mauritius dan Brunei.

Nordin yang dianugerahkan "suara emas" juga sering dijemput menjadi pengacara majlis, penyampai suara latar terbitan RTM dan swasta dan membuat VO untuk iklan-iklan radio/TV.

Beliau juga sering dijemput menyampaikan ceramah untuk pelajar kursus kewartawanan anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails