TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, January 19, 2010

Poligami panjangkan umur?

Ayah Pin, antara yang berbini 4 (Gambar Kosmo)

Percayakan anda, kalau saya katakan poligami boleh memanjangkan usia anda. Orang perempuan janganlah terus marah abang putra. Dan kaum lelaki pula janganlah terlalu seronok. Bacalah sampai habis.


Abang Putra memetik kajian Dr Virpi Lummaa, pengkaji ekologi di Universiti Sheffield, United Kingdom yang membentangkan kajiannya di mesyuarat tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York.

Kajian itu, menurut Lumma, menunjukkan lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang didapati hidup lebih lama berbanding lelaki yang tidak mengamalkan poligami. Kajian ke atas sekumpulan lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 buah negara yang mengamalkan (atau membenarkan poligami), yang hidup lebih lama -- sehingga 12% -- berbanding satu kumpulan lain lelaki daripada 49 negara yang umumnya mengamalkan monogami.

Ini sekadar kajian. Yang pasti kalau agama membenarkan sesuatu perkara itu sudah tentu ia ada hikmah tersendiri. Janganlah kita menentang tidak tentu pasal.


Tapi awas, kalau tak kena caranya poligami boleh pendek umur. Ya, lah nak tanggung satu pun huru-hara, inikan pula nak tanggung dua, tiga atau empat. Tapi apapun, tepuk dada tanya kemampuan!

7 comments:

echah_syed said...

lelaki berpoligami ni selalunyer jenis yg 'take for granted' dlm segala hal.ini dari pemerhatian combi sebenarnye.

kalau ada lelaki yg nak marah silakan sbb yg benar itu mmg pahit.

ada lelaki yg kawin cerai sukati sampai anak bini berterabur sana sini.ada yg tak kenal mak bapak,adik beradik tiri sendiri.silap hari bulan kawin sesama adik beradik.nauzubillah!

sampai satu ketika karma itu benar.jgn sampai ditinggalkan anak ditepi longkang atau dihumban dirumah org tua-tua.

wallahualam.

*abg putra pun nak try ke??silakan sbb kuota ade 3 lagi.suami mithali tak akan sampai hati utk melukakan hati seorg isteri betul tak abg putra.

caiyoklah!

Layar Kaca said...

Memanglah orang kawin banyak panjang umur kerana mereka yang buat amalan ni mestilah orang yang sihat luar dan dalam sehingga mereka tergolong dalam golongan yang mampu menyuapkan nasi dan segala 'benda makanan zahir dan batin' ke beberapa mulut isteri-isterinya. Kalau lelaki yang kahwin satu pun asyik sakit sana sini maka pendek umurlah jawabnya. Orang macam ni tak maulah dia berkahwin lebih daripada biasa.

Abeli Rosli said...

P0ligami.. sesuatu yg sentiasa menyentuh hati dan perasaan.. terdapat pr0 n k0ntra..
lirik dikir "BINI RAMAI"
1.Tad0k sap0 tak ingin..
b0leh bini banyak 0re..
b0leh tid0.. lek tu lek li..
bila malam.. b0leh buat giliran..
2.Ad0 sekar0 tempat rusing..
kalau susah duit kurang..
dapat anak lek tu.. lek ni..
belanja banyak.. rambut lebat..
luruh tinggal jarang..
mula nak pikir tak..dan...
3.saya perati h0k bini ramai..
anok mengaji pun namp0k ber0na..
baloh kelahi.. tu banyok benar..
berebut t0k laki.. sampai kuca lanar..
sumpah maki hak tak sedap degar..
4. bini 2 bukan tak buleh ..
duit belanja tu kena lebih..
tua.. muda.. kena sama kasih..
bini nak apa.. beli bagi buleh..
ni.. rumah sewa nak bayar.. tak buleh..
5.baik tak payah bini ramai..
kita susah duit kurang..
0rang kata jahat perangai..
buat seksa anak dara 0rang...
..........................
8 kalau tak faham rujuk sahabat dari kelantan..

Suara Perindu said...

Combi, teringin juga nak try. Tapi belum capai taraf Datuk K lagi. Jangan silap faham. K bermaksud kemampuan. Hehehe.

Suara Perindu said...

Layar Kaca, komen yang adil baik untuk lelaki atau perempuan.

Suara Perindu said...

Abeli, hebat dikir bini ramai ni. Kawe baca pun suka. Hehehehe

bina badan said...

selamat hari ahad
singgah sini jap....hehe....
selamat berblogging....


____________________________________
dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails