SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Wednesday, December 23, 2009

Tipah Tertipu

[Kontraktor OKU punca bumbung runtuh?]

Ini kes Tipah tertipu atau aku kena tipu? Dah memang sah aku kena tipu lagi. Dulu kes janda 18 tahun aku tertipu juga. Kali ini, kes bumbung terminal pengangkutan awam roboh di Kuala Berang, Terengganu, sekali lagi aku kena tipu. Nasib-nasib. Nak tahu ceritanya, bacalah sampai habis.


Ada seorang kawan aku ni. Dia ni penyokong kuat parti pembangkang. Jumpa aku je dia terus tanya, apasal Terengganu banyak sangat kes bumbung roboh. Aku jawab: Manalah aku tahu.

"Eh, takkan lah hang tak tahu Din, hang kan asal dari sana," kata dia lagi. Aku diam aje.

"Ni aku bagi tau kat hang sebabnya, depa lantik kontraktor OKU," Sebab tulah banyak kes bumbung runtuh di sana. Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh dan macam-macam lagi lah.

"Kalau kontraktor OKU pun bukan dia yang buat kerja, pekerja-pekerja depa lah, takkanlah pekerja depa OKU jugak kot." Aku jawab lurus aje.
"Aku maksudkan OKU tu bukan Orang Kurang Upaya tapi Orang Kuat Umno."

Huh, aku terkena lagi.

6 comments:

TokNabe said...

Huh...kena kepala, bocor.Ni terus jadi OKU betul.

Abang Putra said...

TokNabe, heheh, itu baru betul makna OKU...

dafina afiqah said...

bia kene kepala depa bru depa jdik OKU..bru tau rse sakit hati..huuh
gilerrr pnye org..buat bumbung asyik rntuh

Little buzz said...

Tak kira belah mana sekali pn...yg sedihnya rakyat trengganu..yg dapat malunya pn rakyat trgganu...ape la nasib...yg stadium dulu tu plak diaorg dh clear kn blum ek ??..buat malu jer...klu nek flight, nk turun jer ke landasan, dh nmpak dh pmandangan yg menyakikan mata...malu gk kiter..tmbah2 klu pelancong asing yg nmpak..tak gitu abe..

Abang Putra said...

dafinah, runtuh mesti ada sebabnya. kerajaan negeri kenalah siasat dan mengambil tindakan.

Abang Putra said...

little buzz, benar rakyat berhak tahu puncanya kerana pembinaannya melibatkan duit rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails