SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; MARI KITA NYATAKAN KECINTAAN KITA KEPADA JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W DENGAN MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS BAGINDA.

Tuesday, November 17, 2009

Nilai Kejujuran


SAYA tertarik membaca kisah kejujuran seorang bekas pelajar di Phoenix yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Dia dilaporkan memulangkan dua buah buku yang dipinjamnya selama 51 tahun dan menyertakan wang AS 1,000 atau 3 ribu 364 ringgit sebagai dendanya. Dia lewat memulangkan buku itu kerana tidak sengaja membawanya sekali ketika berpindah ke negeri lain.

Sikapnya memang terpuji. Dia boleh memilih untuk tidak membayar satu sen pun kerana kesilapan itu bukan disengajakan. Tetapi dia memilih untuk membayar kerana berasa bertanggungjawab. Apakah kita mempunyai sikap sebegini? Ada segelintir dari kita yang mulut bukan main manis lagi ketika hendak meminjam wang. Tetapi apabila tiba masa nak membayarnya, kita buat-buat lupa. Yang meminjam barang satu hal. Ada yang pinjam misalnya tak reti-reti nak pulangkan. Buat macam harta sendiri. Kita yang bagi pinjam ni segan pula nak minta.

Kata orang akhlak cerminan hati. Kalau akhlak baik, hati pun baik demikianlah sebaliknya. Kita sebagai orang Islam sepatutnya berasa malu dengan sikap pelajar berkenaan yang bukan seorang Islam. Tetapi sikapnya adakalanya lebih baik dari kita. Perghhhh.

5 comments:

Aspalela said...

masih ada lagi org yg bersikap begitu yea??

biasanya 'munye' aje klu dah lama2 nih..hehehhe

Abang Putra said...

Aspa, dia guna hukum begini. Barang aku, hak aku. Barang kau, hak aku juga.

TokNabe said...

kalau kena kat abg putra pulak macam mana? nak pulang ke tak dengan denda mencecah 3k tu.

Abang Putra said...

TokNabe, kalau saya hantar juga buku tu tapi buat surat kecualikan dari bayar denda. hehehe.

aiSyah said...

wah~jujurnye owg 2..
kalo sy wt2 lupe jek..jaat kn,,huhu
salam ziarah~:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails