SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Tuesday, October 06, 2009

Berbini ramai makin senang?

Photobucket Beli rokokpun tak mampu, ada hati nak berbini ramai...

ORANG ferempuan mungkin tidak suka dengan entri ni. Tak kisahlah. Itu memang sudah sifat semulajadi mereka. Kali ini saya nak bercakap soal rezeki. Ada hadis mengatakan kahwin boleh mendatangkan rezeki. Saya percaya. Ramai kawan-kawan saya yang belum bekerja tapi bila sudah kahwin mereka akhirnya dapat kerja. Itulah rezeki namanya.

Diceritakan pada zaman Rasullullah, ada seorang pemuda miskin berjumpa dengan Nabi bertanya bagaimana nak menjadi senang. Kata nabi: kahwinlah. Pemuda itupun kahwin. Selang beberapa lama, pemuda itu datang lagi menyatakan dia masih lagi miskin. Kata nabi:kahwinlah lagi. Begitulah halnya dengan pemuda tersebut sehingga sudah ada 3 isteri tetapi masih miskin. Apabila beliau bertanya Nabi tentang hal itu, jawapannya masih sama: kahwinlah lagi. Kini dia sudah ada 4 isteri. Isterinya yang ke 4 seorang tukang tenun. Dia mengajar kemahirannya itu pada madu-madunya. Lama-lama kelamaan kehidupan pemuda itu berubah lalu menjadi senang lenang.

Jadi, renungan berhubung kisah ini, mereka yang masih bujang tu, eloklah kahwin cepat-cepat. Jangan tunggu lama-lama. Rezeki tetap ada. Yang dah kahwin jangan pula ambil kesempatan dengan kisah ini. Tengok dulu kemampuan diri. Kalau betul-betul mampu lainlan.
gelakguling

12 comments:

norza said...

Abang Putra, menarik entri ini. Yg peliknya, kalau isteri galakkan suami kahwin, dia tak nak... tapi, kalau isteri yg larang & anti-poligami, hah, suami pula yg mencari helah untuk berbini seorang lagi. Mungkin dia tak suka dicabar maka dia nak 'mengajar' isterinya (akan haknya sebagai seorang lelaki).

In actual sense, a man doesn't need a reason to have another wife... He will do as he pleases, when he pleases...

Abang Putra said...

norza, betul ke suami tak mahu tambah cawangan selepas diberi peluang oleh isteri? Atau dia buat malu-malu kuching tu. Malu tapi mahu.Hehehe!

Abang Putra said...

norza, kadang-kadang bukan kita tak mahu terima 'tawaran' isteri tu tapi tak sampai hati nak berbuat demikian tapi niat nak tambah cawangan memang ada. Hehehe, mengaku ajelah.

echah_syed said...

abg putra bila lagi..??

rupa ade..

harta melimpah..

kudrat batin...ok tak?

ape lagi ditunggu nnt makin tua rugi ooooo.umor kata pergi kubur kata mari :p

Abang Putra said...

Combi, hehehe...bukannya saya takut, cuma tak berani aje. Banyak perlu diambil kira kalau berhasrat nak tambah cawangan. Kena kira untung rugi, baik buruk.

echah_syed said...

apa guna berpoligami kalau tak nmpk untungnyer malah rugi seumor hidup..

combi pernah baca "kalau seorg lelaki tu tau jln utk ke neraka dgn berpoligami..mereka tidak akan lakukannye "

ada kwn combi ..dah pencen pun tp keje dia asik kawin cerai.sehingga tuhan beri ujian dgn anak cacat pun masih jugak tak sedar diri.

berlagak mcm org kaya tp pinjam duit isteri utk bergaya & memikat.combi takut satu hari nanti bila dia tersedar dah terlambat utk meminta maaf dgn isteri2 dan anak2 dia.

penghujung hidup hanya dikaki lima kedai atau kalau bernasib baik dirumah org2 tua.. :)

sape tau kan !

Abang Putra said...

Combi, kita tak boleh tolak poligami kerana ia dibenarkan dalam Islam. Cuma jangan kita salahgunakannya sahaja. Kalau mampu dan boleh berlaku adil, silakanlah...

LiNda said...

Salam Abang Putra.

Hermm.. n3 yang besh . Saya suka jawapan yang telus dari Abg Putra .

Saya tidak menolak poligami, tapi saya ada hak utk tahu kenapa dan mengapa saya perlu dimadukan.?

Saya juga berhak untuk menentang jika ianya membabitkan ekonomi keluarga yang tidak mencukupi ( setelah ditimbang ambal ) masih tdk mencukupi ..

Dan yang paling penting, Saya juga berhak utk mempersoalkan kemampuanya dari segi batin . Jika seorang isteri pun tidak mampu utk melayani hingga menderita , so.. takde maknanya nak tambah kannn...

Tentang niat. Saya percaya, semua lelaki dah pasang pun . sejak azali lagi dah pasang niat .

sekian, itu sahaja komen dari saya . heheeee

Abang Putra said...

Linda, komen yang menarik. Biasalah sifat semulajadi lelaki begitu. Nafsu besar. Tapi tengoklah kemampuan diri dahulu. Kalau hidup bergantung kat isteri kena fikirlah masak-masak.

aimila said...

abg putra, poligami tak salah. pd sy org perempuan tdk mempersoalkan tentang hukum membolehkan seorang lelaki islam untuk berpoligami. dah jelas tentang hukumnya dalam islam. kami hanya mempersoalkan tentang perlaksaan tanggungjawab seorng suami apabila telah berpoligami. mereka kata itu adalah hak mereka apatah lagi ia mengikut sunah nabi. betul ke? adakah tidak berlaku adil tu sunnah nabi??


apapun setuju pendapat abg putra yang 'menyarankan' agar mereka yg masih bujang tu agar berkawen. bnyk kelebihannya... Yakin pada Allah itu yg utama..

Abang Putra said...

Hehehe. Benar bab ikut sunnah kebanyakan lelaki ambil kahwin 4 sahaja. Sunnah lain tak berapa nak ikut. Ini yang susah.

TokNabe said...

Ye orang lelaki patut ingat tu... nak rezeki bertambah, kahwinlah hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails