TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, September 08, 2009

Manusia lebih teruk dari Syaitan?


KATA alim ulamak syaitan dirantai dibulan puasa ini. Tetapi kenapa masih ramai yang masih melakukan perkara-perkara mungkar? Masih ramai yang tidak berpuasa. Curi-curi makan dan minum. Adakah perangai manusia kadangkala lebih teruk dari syaitan. Jika kita lihat realiti kehidupan hari ini ada juga benarnya. Saya teringat satu ceramah agama oleh seorang ustaz yang kononnya mengisahkan perbualan antara Firaun dan Syaitan.
abg
"Engkau dengan aku, siapa paling jahat," tanya Firaun kepada Syaitan. "Engkaulah," jawab Syaitan.
"Eh, apa pulak aku, engkaulah," sanggah Firaun. "Semua tahu, engkau paling jahat, menghasut manusia ke neraka," tambah Firaun.

Ini jawapan Syaitan yang membuatkan lidah Firaun kelu seketika. "Jahat-jahat akupun, tak pernah mengaku sebagai Tuhan, bukan macam engkau."

ambil cuti sebulan balik kampung

abg putra --buka puasa dengan bubur lambuk pun sedap juga!

8 comments:

echah_syed said...

abg putra..ada setan bertopengkan manusia jadi penghasut walaupun dibulan posa ni..aduuii bila laa nak insaf..

penat & lapar je dapat..kesian :(

*suka n3 abg putra cool je.tulisan & kata-kata kita menggambarkan diri kita sebenar..betul tak??

Suara Perindu said...

Chombi, syaitan bertopengkan manusia nilah lebih berbahaya. Yang ni tak boleh halau pakai ayat Al-Quran. Tak mau lari dia. Kena guna kaedah lain. Batang penyapu kot?

BelalangDewa said...

Weiiii yang bertopeng sekarang bukan cuma setan atau manusia setan. tapi memang ramai orang pakai topeng takut kena H1N1... selesema babi...

TokNabe said...

Yang jadi wakil setan pun ramai abg putra.. itulah walaupun dalam bulan puasa perkara mungkar tetap berlaku.

azmanputra said...

Abang Putra...antara banyak-banyak setan.., setan mana yang orang suka??

Suara Perindu said...

Hahaha, setan yang paling orang suka ialah i-setan. Berduyun-duyun manusia pi, tambah2 dekat nak raya ni!

eedany said...

Abg putra, tak siap2 orang tu masak bubur lambuk sejak last yer...

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

Suara Perindu said...

eedany, hehehe orang tu masak guna beras batu kot, pasal tulah tak masak-masak sejak tahun lepas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails