TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, September 03, 2009

Nasi Briyani Dhob

Kita biasa makan Briyani Ayam atau Kambing tetapi pernahkah anda makan Briyani Dhob? Mungkin kepada yang pernah berkunjung ke Tanah Arab pernah merasainya. Dhob yang dulunya cukup popular di negara kita--kerana dikatakan mampu meningkatkan kesihatan seksual lelaki--mudah didapati di kawasan padang pasir Tanah Arab.
Suatu ketika dulu, seorang kawan saya yang menuntut di Iraq pernah membawa balik berkotak-kotak dhob kering. Saya tanya, "Betul ke dhob asli ni,"? "Nampak macam biawak pasir aje," Kawan saya itu menjelaskan beza dhob dengan biawak pasir ialah pada ekornya. Dhob mempunyai ekor yang berduri dan bersisik.
Beginilah rupa daging dhob selepas siap dilapah. Sanggupkah anda memakannya?
Bahagian inilah yang dibuat minyak dhob.
Inilah nasib briyani dhob untuk hidangan berbuka hari ini. Mama Atiq, Chombi, Jun, Kujie, Sis-Lin, Real Women dan yang sekaum dengannya boleh mencuba. Perghhh! Khasiat hooo...

15 comments:

echah_syed said...

eaaa..rasa nak muntah !

mcm bewak ada mcm buaya ada mcm mengkarung pun ada.uishhh :(

mlm ni combi goreng bihun jek kalo mkn nasik mesti terbayang dhob abg putra huhu..

*abg putra ngape bulan dpn gaji 8hb?? deepavali ke.moskil nih :D

Suara Perindu said...

Combi, memang tengok meloyakan. Sebab kita tak biasa lagi. Kalau dah rasa mungkin sedap. Goreng atau buat sup sedap kut.

Note:
Bulan depan gaji 8hb sebab Deepavali. Bulan Disember 17 hb sebab Krismas. Jadi kita dapat gaji awal 3 bulan. (BD jelous tengok ni...hehehe)

echah_syed said...

wahhh abg putra kalau kira gaji mmg bravo.kalo kat estet bole jadi mandor ni ekeke :p

gaji awal kena jimat .kalo tidak ujung bulan kantoi !

*bulan posa pesan kat BD kena byk bersabo lalalla :D

MaizaC'Joe said...

gelinyer.. tak trtahan..w'pun brkhasiat ee.. xtrtelan.. biarlah lauk lain khasiat kurng ckit.. tp asal adooo... huh!!

thanks visit blog sy..
slmt mnjalani ibadah puasa @ salam kenal..

Suara Perindu said...

Maiza, hehehe belum cuba belum tahu. Rasanya mungkin lebih sedap dari ayam ma...

Jun said...

abg putra..x lalu ler tengok..nak kena stop mkn nasi beriani dulu ni..terbayang2 dhob, hahahhaa. kalau abg putra bayo ngan sume tunggakan gaji tu pun jun x mo makan, hehehee.

Suara Perindu said...

Jun, nampak gayanya tak jadi nak buka restoran briyani dhab kat Kuching ni. Semua tak suka...hehehe

TokNabe said...

Walaupun banyak khasiat.... tak lalu ler abg putra. Abg putra jelah yang makan....

Suara Perindu said...

TokNabe...macam mana ni semua tak berminat. Nampak gaya aku kena tutup kedai. Rugi2. Nasib2...

BelalangDewa said...

woiii akupun nak rasa jugaklah... awat tak sebut nama aku...

arsaili said...

salam..terus termati selera...raya mana tahun ni abg putra? klu raya kt kuching mesti mai umah

p/s dgr dpt tunggakan..bila nak belanja..ahahaha

Suara Perindu said...

BD, aku ingat hang tak minat...

Suara Perindu said...

arsaili, tahun ni beraya di Kuching. Memang nak pergi rumah Arsaili. Mungkin raya ketiga atau keempat. Sebab raya kedua nak pergi Sri Aman dulu.

Tentang belanja no problemo. Saya mesti belanja Arsaili punya. Kita makan sodap2....

Tok Abah said...

Tiba-tiba aja naik selera nak makan nasi beriani pulak, entah kenapa....

Real Woman said...

sekian terima kasih sajalah Ap....sedangkan kambing pun saya tak makan inikan pulak bendalah Dhob ni! nasiblah dia nak bagi kahsiat bnyk manapun...tapi isshh..takkan ku coba!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails