TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali


gambar dipetik dari blog http:www.asrirabbani.blogspot.com

SETIAP insan pastikan merasa. Saat perpisahan terakhir. Dunia yang fana akan ditinggalkan. Hanya amalan yang akan dibawa. Selamat Tinggal Pada Semua. Berpisah Kita Selamanya. Kita Tak Sama Nasib Di Sana. Baikkah Atau Sebaliknya.

Demikian indahnya lirik lagu kumpulan Rabbani "Pergi Tak Kembali" yang dinyanyikan oleh Asri Ibrahim. Hari ini, Khamis 13 Ogos 2009, beliau pergi meninggalkan kita semua--pergi tak kembali lagi.

Menurut Berita TV1, Asri, 40 tahun, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pukul 11 pagi kerana sakit jantung. Penyanyi utama kumpulan Rabbani itu dilaporkan pengsan selepas menyertai program Syahadah di Angkasapuri.

Lagu "Pergi Tak Kembali" akan terpahat di hati kita semua walaupun allahyarham sudah meninggalkan kita. Ya, hidup lawannya mati. Jadi marilah kita perbanyakkan amal-amal kebajikan sementara sisa hidup masih berbaki ini.

Al-Fatihah untuk arwah Asri.

9 comments:

TokNabe said...

Yang pergi tak kembali. Yang tinggal ini teruskan membuat amal ibadat. mana tau kita dijemput awal......

BelalangDewa said...

pada usia 40 tahun dan tidak merokok, pemergian ustaz Asri mengejutkan ramai... Alfatihah...

arsaili said...

salam....al fatihah buat arwah...

Suara Perindu said...

Benar TokNabe, kita buang sifat-sifat buruk dan perbanyakan kebaikan. Dan yang penting istifar banyak2.

Suara Perindu said...

BD, sebenarnya kalau direnung lebih jauh ia tidak mengejutkan kerana kematian akan tetap datang tidak kira bagaimana keadaan kita sekalipun.

Suara Perindu said...

arsaili, sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah, moga-moga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

M00n drops said...

innalilla wainnalillahirajiun...
setiap yang hidup pasti akan merasa mati. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin, alfatihah..

kita datang didunia berbekalkan sekeping hati. apakah pula bekal yang kita bawak pulang ya~??

Suara Perindu said...

Manje, itulah kita sering lupa menyediakan bekal untuk kehidupan yang satu lagi tu.

echah_syed said...

abg putra..BD tu nak compared ustaz asri dgn dia ler tu ekk.ade ker pasal hisap rokok pulak.

ustaz asri ALLAH cabut nyawa dia pada hari khamis mlm jumaat yg berkat serta pemergian dia pun mudah tanpa menanggung sakit terlantar dihospital.betul tak??

heran combi tgk org yg hisap rokok ni tak takut nmpk gambo yg ada kat kotak.bila nak insaf oiiiiiii..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails