TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, May 27, 2009

No Arms, No Legs, No Worries


Kadangkala dalam hidup ini, kita sering mengeluh.  Mengeluh kerana kita kononnya tiada "kelebihan" atau "kekurangan" berbanding manusia lain.   Sebab itulah kita tidak berjaya seperti orang lain.  Dan untuk menutup semua itu, kadangkala kita sering menyalahkan takdir.  Dah takdir aku miskin.  Dah takdir aku begini. Dah takdir aku begitu. Nak buat macam mana? Lainlah dia tu. Lahir dah kaya.  Lahir dah banyak harta.  Kalau aku macam dia, aku pun berjaya. Itulah alasan kita.  Kita tidak pernah berfikir bahawa Tuhan mengurniakan kita akal dan dengan akal dan usaha itulah, kita mampu mengubah nasib hidup kita.




Kisah ini amat menarik untuk saya dan saudara renungi.  Namanya, Nick Vujicic--lahir tanpa tangan dan kaki tetapi kini adalah insan yang amat berjaya berbanding saya dan anda yang lengkap dengan kedua-dua anggota itu. Dia tidak menjadikan kekurangan untuk merintih dan meminta simpati atau mempersoalkan kenapa dia lahir ke dunia dengan keadaan sedemikian rupa. Malah, dia menjadikan kekurangan itu sebagai suntikan semangat untuk lebih maju ke depan.  Berusaha dan berusaha tanpa kenal erti jemu.  Dan hasilnya, dia kini--seorang graduan-- menjadi seorang penceramah motivasi yang hebat dan sentiasa menerima jemputan di seluruh dunia.  


Apakah yang kita boleh belajar dari kisah Vujicic ini?   Jawapannya, beliau membuktikan kepada kita semua, tanpa kaki dan tangan sekalipun kita mampu berjaya asalkan ada usaha dan ketekunan!

 abg putra - kalau asyik berangan aje, macam mana dapat pakai kereta baru.

16 comments:

echah_syed said...

bersyukur lah dgn keta yg ade skrg..walaupun tak mewah ekeke :p

sama mcm profesor buta dr ismail pakar ekonomi kita..walopun buta tp ALLAH kurniakan hati yg celik.

mcm tak tercapai akal ku ini tau satu hari nnt bole pakai keta mewah mcm keta merah tu :p

tapi...

dlm mimpi pun jadilaa :D

Suara Perindu said...

Benar, sebenarnya hakikat "melihat" sebenarnya bukan pada mata tetapi pada hati. Ramai yang tidak sedar hal ini. Sebab itu, kalau kita gagal membezakan yang hak dan batil, kita sebenarnya buta walaupun ada mata. Ini kira falsafah sikit.

Dj Corinna said...

eerrmmm m'insafkan la artikel ni..betul,kita harus b'syukur dgn apa yg dikurniakan pd kita... pcayalah sume kita ada kelebihan yg x t'hingga!!!dl2 sy pun kureng m'hargai idup tp skrg sy BERSYUKUR sgt2 dgn apa yg ada pd sy ... heheheheh

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sy ada tgk video dia sampaikan ucapan dpn pelajar2 kt sana dkt youtube...sgt motivate! :)

Suara Perindu said...

Dj Corinna, saya pun begitu. Kisah ini betul2 menginsafkan saya.

Suara Perindu said...

Benar Anuar. Saya malu betul kepada manusia istimewa ini.

mama atiq said...

tersangat-sangat insaf ngan n3 abg putra kali nih...tqvm

ciK LyndaWawa said...

uyo...
SARAWAK FM...

ciK LyndaWawa said...

saya singgah di sini...

Suara Perindu said...

Mama Atiq, kalau saya seperti manusia istimewa ini, tak tahu nak cakap apa--boleh atau tidak hadapi dugaan seperti itu?

Suara Perindu said...

Cik Linda Wawa, terima kasih banyak atas sokongan anda.

Kujie said...

bersyukur bukan dari lafas semata2 abg putra..dgn perbuatan juga.

"kata anak2...cakap.........sapa pun boleh..bukan kena bayar...."

Suara Perindu said...

Benar, cakap dengan buat mesti datang sekali. Itu namanya ikhlas. Sekian dimaklumkan dari Ustaz Abang Putra. Hehehehe.

Sis Lin said...

lihat lah donia..
tetiba lin jd tunduk malu dgnnye..
sesungguhnye kita bersyukur dgn apa yg ada..

Suara Perindu said...

Sis-Lin, benar bersyukur dengan apa yang ada. Berusaha sehingga berjaya.

miss azlina said...

citer penuh inspirasi n motivasi..tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails