TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

No Arms, No Legs, No Worries


Kadangkala dalam hidup ini, kita sering mengeluh.  Mengeluh kerana kita kononnya tiada "kelebihan" atau "kekurangan" berbanding manusia lain.   Sebab itulah kita tidak berjaya seperti orang lain.  Dan untuk menutup semua itu, kadangkala kita sering menyalahkan takdir.  Dah takdir aku miskin.  Dah takdir aku begini. Dah takdir aku begitu. Nak buat macam mana? Lainlah dia tu. Lahir dah kaya.  Lahir dah banyak harta.  Kalau aku macam dia, aku pun berjaya. Itulah alasan kita.  Kita tidak pernah berfikir bahawa Tuhan mengurniakan kita akal dan dengan akal dan usaha itulah, kita mampu mengubah nasib hidup kita.




Kisah ini amat menarik untuk saya dan saudara renungi.  Namanya, Nick Vujicic--lahir tanpa tangan dan kaki tetapi kini adalah insan yang amat berjaya berbanding saya dan anda yang lengkap dengan kedua-dua anggota itu. Dia tidak menjadikan kekurangan untuk merintih dan meminta simpati atau mempersoalkan kenapa dia lahir ke dunia dengan keadaan sedemikian rupa. Malah, dia menjadikan kekurangan itu sebagai suntikan semangat untuk lebih maju ke depan.  Berusaha dan berusaha tanpa kenal erti jemu.  Dan hasilnya, dia kini--seorang graduan-- menjadi seorang penceramah motivasi yang hebat dan sentiasa menerima jemputan di seluruh dunia.  


Apakah yang kita boleh belajar dari kisah Vujicic ini?   Jawapannya, beliau membuktikan kepada kita semua, tanpa kaki dan tangan sekalipun kita mampu berjaya asalkan ada usaha dan ketekunan!

 abg putra - kalau asyik berangan aje, macam mana dapat pakai kereta baru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails