TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, April 17, 2009

Senyum


[kalau dia ni boleh senyum, kenapa kita tidak?]

SEMUA orang tahu senyum itu satu sedekah. Tetapi kenapa kita sukar senyum? Kecuali orang yang wajahnya "jenis senyum" atau baru dapat gaji, bonus atau isteri baru. Senyum memanjang. Dunia ini bagai ana yang punya. Senyumlah, wahai petugas di kaunter-kaunter. Boss senyum pada anak-anak buah. Isteri senyum pada suami. Ayah dan ibu senyum pada anak-anak. Kata orang, senyum ubat awet muda. Senyum mampu menegangkan kembali urat-urat di muka.
Jadi apa lagi, senyumlah. Masalahnya, bagaimana dengan orang yang wajahnya susah untuk senyum. Macam saya ni. Buat-buatlah senyum!

SmileyCentral.com abg putra - 23 haribulan ni, ramai senyum sampai kat telinga!

9 comments:

echah_syed said...

senyum dlm duka macam mana tu abg putra..explain sat :p

Suara Perindu said...

Combi,

senyum dalam duka maksudnya senyum bercampur duka.

Contoh:

Mulanya Budin tersenyum gumbira apabila mendapat tahu dia mendapat kenaikan gaji tetapi kemudian bertukar duka apabila mendapat tahu gajinya hanya naik sekupang sahaja.
(binawe)

Din - jgn marah! Itu contoh sahaja. Hakikatnya hang paling hensem di alam maya ni!

Jie said...

sy selalu senyum....tapi abg putra tak nampak pun....

Suara Perindu said...

Kujie,
Saya nampak...tu jie dok sengeh tu (gambar atas kiri)...manis, patutlah abang terpikat. hehehe

BelalangDewa said...

aku bukan setakat senyum.,.. hari-hari dok ketawa sampai meleleh air mata dan hidung...

BelalangDewa said...

Wooii aku punya komen sebelum ni pi mana...?

TokNabe said...

23 hari bulan ramai orang senyum? hehe.. senyum kejap je tu.

Suara Perindu said...

Belalangdewa,
Wah, hebat hang senyum sampai keluar air mata. Jarang aku dengar ni. Hehehe

Suara Perindu said...

Toknabe,
Benar senyum kejap je tu. Awal bulan tak tak senyum dah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails