TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, April 14, 2009

Lebih G VS Kurang G

ADA rakan saya dari Kedah buat 'lawak sekupang' apabila mengatakan bahawa orang Terengganu telah mencuri huruf 'g' dari mereka. Katanya, sebab itulah orang Kedah menyebut pening sebagai 'penin' manakala kuning disebutnya 'kunin'. Kata rakan saya 'g' mereka telah hilang kerana dicuri oleh orang Terengganu. Sebab itu jugalah orang Terengganu bercakap, "Aku makangg nasi dua pinggang tadi. Terengganu terlebih G sementara Kedah kurang G.
Bercakap pasal loghat Terengganu ini, RTM ada menyediakan satu drama menarik berjudul Pabila Inang Berdendang yang menggunakan loghat Terengganu. Antara pelakonnya ialah Mat Over (Sulaiman Yassin) dan Wan Hanafi Su. Saksikan di sini.


abg putra - teringat perkataan "begheh boh" dan "dok ghok chetong"
SmileyCentral.com

abg putra - Jangan pecahkan komputer kalau tak dapat tengok. Hehehe

6 comments:

echah_syed said...

anak buah combi kawin org ganu..yg lawak tu dia tak sabo nak tgu huby dia abiskan ayat bila bercakap sbb slow sgt.. :p

combi rasa huby dia dok susun kosa kata dulu kot hehe.. :D

bahasa ayam & itik :)

kalerful rakyat malaysia ekk.

Suara Perindu said...

Combie,

Tanya dia apa maksud 'tahi ayang muna'. Hehehehe

Kujie said...

abg putra...sy sampai skrg tatau apa makna

dok ghok chetong

habaqlah....

Suara Perindu said...

Kujie,

Maksud "dok ghok chetong" ialah tidak boleh diharap; tidak berkemampuan.

Contoh:

Buat apa nak minta tolong pada si Budin tu, dia tu dok ghok chetong.

Din - hang jangan marah aku pulak. Itu sekadar contoh saja. Hehehe.

Kujie said...

ayat contoh tu saya bagi 100% perpect!

hehehehe...

Suara Perindu said...

Kujie,

Budin tak akan marah. Dia sporting. Kalau dia marah mesti bertukar jadi "belalang dewa". hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails