ADA rakan saya dari Kedah buat 'lawak sekupang' apabila mengatakan bahawa orang Terengganu telah mencuri huruf 'g' dari mereka. Katanya, sebab itulah orang Kedah menyebut pening sebagai 'penin' manakala kuning disebutnya 'kunin'. Kata rakan saya 'g' mereka telah hilang kerana dicuri oleh orang Terengganu. Sebab itu jugalah orang Terengganu bercakap, "Aku makangg nasi dua pinggang tadi. Terengganu terlebih G sementara Kedah kurang G.
Bercakap pasal loghat Terengganu ini, RTM ada menyediakan satu drama menarik berjudul Pabila Inang Berdendang yang menggunakan loghat Terengganu. Antara pelakonnya ialah Mat Over (Sulaiman Yassin) dan Wan Hanafi Su. Saksikan di sini.abg putra - teringat perkataan "begheh boh" dan "dok ghok chetong"
abg putra - Jangan pecahkan komputer kalau tak dapat tengok. Hehehe
6 comments:
anak buah combi kawin org ganu..yg lawak tu dia tak sabo nak tgu huby dia abiskan ayat bila bercakap sbb slow sgt.. :p
combi rasa huby dia dok susun kosa kata dulu kot hehe.. :D
bahasa ayam & itik :)
kalerful rakyat malaysia ekk.
Combie,
Tanya dia apa maksud 'tahi ayang muna'. Hehehehe
abg putra...sy sampai skrg tatau apa makna
dok ghok chetong
habaqlah....
Kujie,
Maksud "dok ghok chetong" ialah tidak boleh diharap; tidak berkemampuan.
Contoh:
Buat apa nak minta tolong pada si Budin tu, dia tu dok ghok chetong.
Din - hang jangan marah aku pulak. Itu sekadar contoh saja. Hehehe.
ayat contoh tu saya bagi 100% perpect!
hehehehe...
Kujie,
Budin tak akan marah. Dia sporting. Kalau dia marah mesti bertukar jadi "belalang dewa". hehehe
Post a Comment