TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, February 13, 2009

Kisah Kayu Hujan Panas dan Harimau

[Pokok Kayu Hujan Panas]

SIAPA yang pernah ke Sarawak tentu pernah dengar tentang Kayu Hujan Panas atau dipanggil Kayu Tas di kalangan orang Melayu. Orang Iban memanggilnya Lukai, Gertimang (Penan) sementara Binidieng (Kayan).

Apa kelebihan kayu ini? Penduduk tempatan mendakwa, Kayu Hujan Panas mempunyai kelebihan sebagai pelindung, mempertahankan diri dan pendinding dari binatang buas, jin dan manusia.

"Sebab itulah Harimau tak ada di Sarawak, " kata seorang penduduk yang saya temui. "Harimau pun takut, " dia melanjutkan.

Hebat, kata saya. Kalau aku bawa balik semenanjung ni dan tunjuk kat Divahantu, tentu dia lari lintang pukang.

Setakat mana kebenaran ceritanya, saya tidak pasti, hanya Allah Maha Mengetahui. Tetapi ini ada satu cerita menarik tentang Kayu Hujan Panas ini.

Sekumpulan pegawai dari Semenanjung datang berkursus di Miri. Selepas selesai kursus mereka meronda bandar Miri untuk membeli ole-ole nak bawa balik. Seorang kawan mencadangkan mereka membeli Kayu Hujan Panas yang menurut beliau banyak keistimewaannya.

Ramailah yang membelinya tetapi ada juga yang tidak. Selesai membeli, mereka ke airport untuk pulang.

Nak dijadikan cerita, pesawat yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Masing-masing dah gelisah. Delay lagi ke? rungut mereka.

Kata seorang rakan: Itulah, kan aku dah kata, jangan beli banyak-banyak. Bukan aje harimau yang takut, kapalterbang pun tak berani turun. Alahai!

9 comments:

arsaili said...

salam....lawak nya..ahahaha....macam2 ada kan...sihat ker bro?

BelalangDewa said...

hoi...divahantu tak takutlah kayu hujan panas ko tu... aku adalah raja segala hantu. divahantu pun ada kayu macam tu...dipanggil kayu hujan ribut... khasiatnya untuk melindungi semua jenis hantu daripada gangguan manusia macam abang putra... yang suka ganggu hantu...

Anonymous said...

tak pernah tahulah...eeee
sik bek abgputra bagtau

takut lak nnt kepala ghimau mebang tu tak dekat..hahaha

Suara Perindu said...

Arsaili,
Itulah keunikan Sarawak. Siapa yang tak pernah mai, kena mai cepat. Rugi siapa tak mai sini woi...

Suara Perindu said...

Divahantu,
Kayu hujan ribut? Mana hang dapat. Hahahaha. Baru kali ni aku dengar...

Suara Perindu said...

Kujie,
Kena mai Sarawak cepat Jie hoi, sementara saya masih ada di sini.

pB said...

Abg Putra ,

kami sekeluarga akan ke Kuching 14hb nie ...

tolong lar sasjes tempat makan yg best ...

TokNabe said...

nak minta benih pokok ni kat abg putra.... nak tanam sini, mana tau lepas ni rimau2 kat sini lari pi tempat lain pulak.

Anonymous said...

tahukah anda bahawa kulit kayu hujan panas mempunyai 7 lapisan halus?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails