SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Thursday, February 12, 2009

Hebatnya Kalimah Allah

Gambar - Utusan Malaysia

BENARLAH firman Allah S.W.T yang bermaksud: Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. Tiada suatu apa pun yang mampu memusnahkan kalimat suci itu hatta api sekalipun.

Keagungan dan kebesaran Allah itu--yang sepatutnya diambil iktibar oleh kita semua--ditunjukkan dalam satu kebakaran di Kangar, awal pagi semalam. Dalam kejadian itu, senaskah al-Quran masih elok walaupun semua barangan dalam sebuah bilik di Taman Seroja, hangus sama sekali.

Jadi apa yang dapat kita belajar dari peristiwa ini? Jawapannya: Jadilah al-Quran sebagai kitab rujukan kita dalam hidup ini untuk kehidupan dunia dan akhirat. Janganlah jadikan al-Quran sekadar hiasan di dinding-dinding rumah semata-mata. Rumah penuh dengan khat al-Quran tetapi hidup tidak berpandukan kitab suci yang mulia itu.

Sebaik-baiknya, bacalah al-Quran, fahami isinya dan amalkan dalam kehidupan kita. Allah menurunkan al-Quran bukan untuk disimpan dalam rak dan dijadikan hiasan tetapi untuk kita jadikan panduan supaya kita tidak tersesat dalam dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Demikianlah sayangnya Allah kepada kita semua tetapi sayangnya segelintir daripada kita tidak sedar diri.

1 comment:

Iliana said...

subhanallah...
sungguh besar dang agung sekali Maha Pencipta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails