SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Wednesday, January 14, 2009

Tempat Baru Kerja Baru

BARU dua hari abang putra memulakan kerja di tempat baru. Dulu abang bertugas di RTM Sri Aman, kini RTM Kuching pula. Biasalah kakitangan awam. Diarah berpindah sudah jadi perkara biasa. Bagi kita "yang menurut perintah" ni kenalah patuh. Cumanya duduk di Kuching ni, rasanya macam dok di KL juga. Jalan sesak dan kenderaan bertali arus.

Tahun 2009 ni, semua kita menanamkan azam baru. Tak kurang pula membuat perubahan baru. RTM misalnya membuat perubahan di saluran TV 1 dan 2. TV 1 dijadikan saluran informasi dan TV2 dikhususnya untuk filem dan drama. Khabarnya rating RTM meningkat. Syabas! Namun yang tak sedapnya ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti oleh pihak atasan RTM. Contohnya, nama jawatan Pengawal RTM seperti Pengawal RTM Langkawi, Pengawal RTM Miri dan sebagainya.

Bunyinya dahlah tak menarik tetapi juga mengelirukan. Saya ada dua kisah benar yang membabitkan salah faham tentang penggunaan nama jawatan ini. Seorang kakitangan baru diarah melapor diri kepada Pengawal Penyiaran di sebuah stesen penyiaran di Sarawak. Dia pergi ke pondok pengawal dan melapor diri di situ. Sedangkan maksud Pengawal di sini ialah Ketua Jabatan stesen berkenaan.

Ada satu lagi cerita. Seorang kakitangan RTM bertemu seorang Ketua Jabatan lain dalam satu mesyuarat. Kakitangan RTM ni memperkenalkan dirinya sebagai Pengawal Penyiaran sebuah stesen radio. Ketua Jabatan tu hanya senyum sinis. Mungkin dia menyangka RTM pun hantar pengawal keselamatan untuk hadir mesyuarat. Saya bangkitkan perkara ini supaya nama jawatan tu ditukar kepada yang lebih sesuai sejajar dengan perubahan yang dilakukan oleh RTM dan untuk mengelak salah faham. Ini melibatkan imej RTM.

Carilah nama yang lebih sesuai yang menggambarkan kehebatan RTM itu sendiri.

19 comments:

combi said...

slm abg putra..

lol dulu nak dok kat town kan..

dah anto kat town komplen sesak laa pulok :(

guano gamok oghang kite :p

sabo laa abg putra..ramai pekerja kena buang keje.kita yg ade keje ni kena bersyukur banyak-banyak tak gitu abg..?

yg keje swasta dok mohon keje kerajaan sbb lebih terjamin.. :)

TokNabe said...

salam abg putra. Dah tukar tempat keje ye sekarang. Keje mana2 pun sama juga kan. hehe PENGAWAL...... memang pelik pulak rasanya.

pB said...

Salam

che abg pB selalu jugak dok pergi kat RTM Kuching tu. Berurusan dengan staff RTM ttg alat-alat broadcasting (antara TM dan RTM).

Insyaallah , cuti sekolah ni kami sekeluarga akan ke Kuching.
Tak nak ajak ke rumah ker??

Abang Putra said...

Combi, tak kisahlah bandar ke atau kampung, janji kerja seronok. Mana-mana pun kita boleh kerja.

Abang Putra said...

TokNabe,

Saya ni bertaraf pengawal sahaja. Kah,kah,kah.

Abang Putra said...

Pb, jemputlah kerumah bila mai Kuching. Jumpa saya di RTM Kuching.

Evil Inside said...

Making changes just for the sake of change is useless my dear friend. Changing attitude toward positive thinking and increase work productivity is more important. If "Pengawal" is to be changed to "Director or Manager" while the person who hold the position does not change, then, ............

tengkutata said...

Selamat bertugas di Kuching Abg putra..
kalau dah lama Kuching pun mungkin boleh jadi harimau..TIGER

anok wanok said...

salam abg din
woh kene tukor lagi. bagus la byk pengalaman tow...

ryann said...

ak aa..kan bang. pelik guna pengawal. in english sesuailah- controller. bila bang nak balik kl semula.

Abang Putra said...

Evil Inside, benar kata anda. Tetapi sekurang-kurangnya gelaran jawatan kena sesuai dengan perkembangan semasa.

Abang Putra said...

ryann, benar RTM kena cari gelaran jawatan yang sesuai.

Abang Putra said...

tengkutata,
Hahahaha, tikus mana boleh jadi harimau. Kecuali beri dia makan tongkat ali hari-hari.

Abang Putra said...

anok wanok, beginilah nasib pegawai kerajaan. Tapi kerja di banyak tempat ni bagus dapat berkenalan dengan ramai orang.

rastom said...

Pengalaman hang tu mahai. Bab tajuk jawatan tu aku rasa takkan berubah selagi superstructure tak berubah, tapi hang ada banyak point sbb sudah terlalu exposed. Aku yakin hang lagi cemerlang di Kuching, insyaallah.

arsaili said...

salam..wahhh dekat la abg putra..nanti leh mai umah ye...leh ngeteh lagi...pengawal..controller..patutnya penguasa ek..apapun memang betul kena ada nama yg sesuai

Kujie said...

saya merancang utk bercuti ke kuching..senang le.....

shah said...

semoga berjaya dan sukses lagi di tempat baru bang

Abang Putra said...

Kujie, mailah nanti boleh datang rumah saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails