TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, October 02, 2007

Budu bantu awet muda

[Bulan puasa ni, dapat budu cicah dengan ikan terubuk bakar. Pergggghhh]

BUDU dikatakan mampu membantu awet muda. Ehh, biar betul abang putra. Ya, benar seperti kata tagline Noushy, Strange But True. Aneh tapi benar. Bukan tujuan abang putra nak promote Budu kerana abang dari Pantai Timur sama seperti TokNabe. Bezanya, Toknabe oghe Kelate sementara abang putra, ganu kita. Tetapi ini berdasarkan kajian ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Wah, kajian negara-negara maju, tak ke hebat tu!

Saintis negara-negara berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksid dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Budu juga dikatakan mampu memerangi pelbagai penyakit bahaya dan menghalang kanser.

Dan bagi wanita--seperti Kak Long, Noushy, Combi, OD, Jie dan yang sewaktu dengannya--ada berita baik untuk mereka yang suka makan budu. Mereka yang mengamalkan makan budu dapat mengekalkan ketegangan kulit muka dan menghalang proses penuaan.

Kajian juga mendapati budu baik untuk meransang sel otak, merawat kembung perut dan kaya dengan vitamin.

Jadi, tunggu apa lagi. Orderlah cepat!

Abg putra -- saya cakap budu, jangan makan berudu pulak...

21 comments:

echah_syed said...

abg putra..budu 1/2 kargo anto kt combi disini .bole jd tokey budu(budin tokey baju weii)sodap tu bln pose ni cicah ngn ikan kembung bakaqq>>kacip fatimah x laku dah laaa :P

Orked said...

Dan bagi wanita--khususnya Kak Long, Noushy, Combi, OD, Jie dan yang sewaktu dengannya--ada berita baik untuk mereka yang suka makan budu. Mereka yang mengamalkan makan budu dapat mengekalkan ketegangan kulit muka dan menghalang proses penuaan

tak tua, tak kedut2..tapi idup tak lama nak buat ape..hahahaha..mcm mana nak hidup lama...sekeliling sedut asap rokok dari kaum lelaki :P

provo ...provo..hangat nnt nie

p/s word verification tu tak yah guna la......

arsaili said...

time ni la dia ckp pasal may fav..terubuk n budu uwaaa..sini usahkan budu, daun mengkudu dan berudu pun tak nampak batang hidung..sabo jer la

Noushy Syah said...

ERRRRR...ABg Putra, emmm budu ni macam shrimp paste ke? Seriously Nshy xtau...hehhehe...

BTW bunyi kajian ni mcm familiar aje ayat2 tuh..entah2 ni another prank like the benefits of the 'stink beans' before tak?

P/s Mau kesahihahan kajian itu...hehehhe...

Juezura said...

ahahahhaa ye ker ni?? ahaks ..nanti kita pergi meeting kat KT bleh cari budu ..ahaks.

Anonymous said...

Patut la aku nampak tua
dulu2 tiap kali berbuka aku makan nasi kerabu mix dengan budu.
sekakang dah kurang sikit

Anonymous said...

2 Combi,

Amboi banyaknya order. Mana bang putra nak dpt bekalan? Budin tu pernah jadi tokey budu tu tanya dia...hahahaha

Anonymous said...

2 jie,

Bab asap rokok ni kena tanya Sebol dan Budin. Sebab mereka pakar di bidang ni.

Anonymous said...

2 arsaili,

Takkan budu tak ada di Australia. Kalau lagu tu Arsaili kena jadi pengedarlah. Kaya hooo...beribu2 lemon!

Anonymous said...

2 Noushy,

Budu terhasil daripada adunan ikan bilis, garam dan diperam. Keterangan lanjut rujuk pada Budin, sebab dia tokey Budu dulu.

Saya rasa kajian tu benar sebab ia dibuat oleh negara maju lain bukan Malaysia. jadi tiada kepentingan di sini.

Suara Perindu said...

2 Kak Long,

Memang budu enak kalau dicicah dengan ikan bakar khususnya pari atau terubuk. perghhh awek cun lalu pun tak nampak...hahaha

Anonymous said...

2 Sebik (sejak bila hang tukar nama ni),

Sebol, elok hang makan budu balik tapi masalahnya tentu hang lebih suka cincalok...

Noushy Syah said...

ABG Putra

Sama mcm kajian ttg the stink beans=petai, actually hanya prank..what they did was,it's actually the benefits of eating banana but they changed all the words banana to petai..siap dgn nama proffesor lagi..so I'm kinda in doubt abt this budu too...

hehhehe, tiada kepentingan , just 'prank' but if it's true then it is a gr8 discovery..really I doubt it!

TokNabe said...

Budu letak asam limau, cili api, bawang dan letak sedikit tempoyak...peh...memang sedap kalau pulak cicah ikan bakar. Hehe...tak nama org kelante kalau tak makan budu, tak gitu abg putra. Sbb tu kalau org kelantan cakap...."orang kata bau budu". Hahahahaha..

Hasbullah Pit said...

hehehe sebik lak jadinya.

esok aku nak cari nasi kerabu

Anonymous said...

2 Noushy,

Sukar juga nak tentukan kesahihan kajian ini. Tapi orang Kelantan yang suka makan budu memang pandai2...hahaha, mungkin kebetulan.

Bilis yang menghasilkan budu pula memang diketahui kaya dengan zat besi.

Rasa budu ni, masin sedikit tapi kalau perah asam limau memang ngam beb...perghhh.

Anonymous said...

2 Toknabe,

Benar kata saudara. Tapi saya kena kurangkan sikit makan budu ni. Sebab budu membangkitkan selera, kadang-kadang saya bedal nasi tiga pinggan. Badanpun makin naik. Ini angkara budulah...

Anonymous said...

2 Sebol,

Bol, di Kuching ada satu tempat yang jual nasi kerabu special, berdekatan Hotel Arif. Saya dah cuba, memang terangkat!

J u l i a 。.゜✿ said...

hehe..
lepas ni kena la telan budu satu sudu besar tiap pagi.
amalan utk awet muda.

tak lama lagi mesti ade tablet budu lak. tak pon softgel capsule budu.

pastu ade gula2 rasa budu lak

semua dgn tagline "budu rahsia awet muda anda"

lalalala

Anonymous said...

2 Julia,

Itulah kehebatan budu. Tapi ada juga yang ragu tentang kajian tu. Mungkin penyelidik Malaysia boleh buat kajian lanjut.

Anonymous said...

9H69Xb Your blog is great. Articles is interesting!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails