TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Sunday, July 29, 2007

Kucing Misteri

[Inikah kucing yang bernama Oscar?]

MAKHLUK ciptaan Allah mempunyai pelbagai keistimewaan. Binatang umpamanya, walaupun tanpa akal diberi beberapa kelebihan, yang tidak ada pada manusia. Gajah dan burung dikatakan mampu mengesan tsunami manakala obor-obor boleh mengetahui kejadian gempa bumi. Demikian juga haiwan berkaki empat dikatakan boleh mendengar suara dari alam ghaib yang menggambarkan keagungan Penciptanya.

Di sebuah hospital di Chicago, seekor kucing yang dikenali dengan nama Oscar dikatakan mampu 'meramalkan' kematian pesakit beberapa jam sebelum mereka meninggal dunia. Setiap kali Oscar muncul di hospital itu, ada saja seorang pesakit akan meninggal dunia. Apakah ini kebetulan atau Oscar memang mempunyai deria istimewa yang boleh meramal kematian?

Menurut Dr David Dosa dari Universiti Brown di Providence, setakat ini kucing itu sudah berada di sisi lebih 25 pesakit yang meninggal dunia. Katanya, Oscar akan berada di sisi pesakit kira-kira dua jam sebelum pesakit itu meninggal.

Abang Putra - Mungkinkah Oscar jelmaan malaikat maut?

3 comments:

PUTRAGABAN said...

Din. Lepas ni nanti ramailah yang takutkan kucing. Hospital malaysia tutup pintu tak bagi kucing masuk. Atau ada juga kemungkinan orang tak bela kucing lagi. Takut jadi jelmaan oscar pulak. Lawak je....

Hasbullah Pit said...

Adakah ini Nordin Sulaiman housemate aku dulu?

PUTRAGABAN said...

Tuan Nordin.
Aku ada hantar komen tadi tapi tak masuk. Tak apalah aku hantar sekali lagi. Kucing yang pandai meramal orang mati tu dah ada di Serawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails