
Geram adalah sifat semulajadi manusia. Kita semua semestinya ada perasaan geram. Bangun pagi kita awal lagi dah geram kerana air paip tak ada. Mana tak geram, lepas melabur, buka batang paip, air tak keluar.
Di jalan raya, geram lagi. Kereta di hadapan terhegeh-hegeh. Dua tiga kali lampu bertukar merah, kita masih tak lepas. Geram sungguh. Menyumpah-nyumpah kita kat kereta kat depan. Sampai di pejabat, geram lagi. Parking kita orang lain dah masuk. Geraaam. Nak kena memo orang ni.
Sampai di ofis geram lagi kat steno kita. Bukan dia buat salah apa-apa pun. Cuma kita geram tengok dia aje. Cantik dan menggiurkan, macam mana tak "geram."
Hari ni 23 hb dapat gaji. Geram lagi. Pergi bank beratur panjang. Sampai giliran kita duit pula habis. Geram. Geram.
Macam-macamlah geram ni. Boss geram kat anak-anak buah sebab lembab buat kerja. Pembangkang geram kat kerajaan. Anda macam mana? Tak kan tak geram kot?