TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, February 08, 2011

Kelantanfm dan Kedahfm tukar program agama

kakitangan Kedahfm mengadakan kunjungan balas ke Kelantanfm
Nordin bergambar kenangan semasa melawat Kedahfm

Kelantanfm dan Kedahfm mengorak langkah mengadakan kerjasama bagi meningkatkan lagi rating pendengar masing-masing. Sebagai langkah permulaan, kedua-dua stesen mengadakan pertukaran rancangan ceramah agama untuk siaran di stesen masing-masing. Rancangan ceramah agama mendapat rating tinggi di kedua-dua stesen. Justeru, kerjasama tersebut diharap dapat membantu meningkatkan lagi pendengar di kedua-dua stesen berkenaan. Pengarah Kelantanfm, Nordin Sulaiman berkata, program itu akan diperluaskan lagi dengan mengadakan pertukaran kakitangan membabitkan bahagian rancangan/berita untuk menimba pengalaman di Kelantanfm dan Kedahfm.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails