TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Sunday, September 05, 2010

Sudin dan sebuah harapan...




SIAPA yang tidak kenal Shamsuddin Mohamad. Kalau tanya kepada warga RTM khususnya petugas bilik berita di Angkasapuri, Kuala Lumpur boleh dikatakan semua mengenalinya. Shamsuddin atau lebih dikenali dengan nama Sudin memulakan kerjayanya sebagai pemberita. Ketika saya membuat latihan amali di RTM Kuala Terengganu pada tahun 1986, Sudin sudah lama menjadi pemberita di sana bersama rakan-rakan seperti Surahati Abu Hassan dan beberapa yang lain. Sudin menumpahkan seluruh hidupnya pada berita penyiaran kerana minat dan kecintaannya kepada bidang ini. Tetapi kini beliau tidak berdaya lagi. Yang tinggal hanya sebuah harapan...



Sudin kini menderita penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini beliau merupakan pekerja sambilan di Kelantanfm yang menyediakan buletin tempatan. Saya dan beberapa kakitangan Kelantanfm ada mengunjungi beliau baru-baru ini dan amat simpati dengan keadaannya. Kepada rakan-rakan yang mengenali beliau bolehlah melawat Sudin di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails