TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, August 19, 2010

Benarkah ini malaikat?




Mempercayai malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Jika manusia dicipta daripada tanah, jin dari api maka malaikat pula dicipta daripada cahaya. Oleh kerana itulah pergerakan malaikat amat laju sesuai dengan sifat cahaya itu sendiri. Tapi soalnya, bolehkah kita--manusia biasa ini--melihat rupa mailakat?




Hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil ia memberi kelebihan kepada orang-orang tertentu. Tetapi ada riwayat mengatakan nabi kita S.A.W diberi kelebihan melihat rupa malaikat dalam keadaan yang asli dan ketika ia menyerupai manusia. Video ini memaparkan apa yang didakwa "malaikat turun di kota Mekah pada malam Lailatuqadar." Kesahihan video ini masih belum dapat dibuktikan. Mungkin ia perbuatan pihak tertentu yang menggunakan teknik-teknik canggih atas niat yang mereka sendiri ketahui. Bagaimanapun, memang benar pada malam Lailatuqadar berduyun-duyun turun malaikat pada malam itu yang dikatakan amat berkat. Sesiapa yang beribadat pada malam itu umpama dia beribadat seribu bulan. Tapi benarkan gambar video ini gambar malaikat? Hanya anda boleh menjawabnya...




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails