TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, July 06, 2010

Nujum Sotong - Ajaib atau kebetulan?

100 peratus tepat. Jerman kalah kepada Sepanyol pun tepat. Bagaimana Belanda dengan Sepanyol, boleh ke sotong ni ramal dengan tepat?

Kini heboh orang memperkatakan tentang keajaiban seekor sotong kurita di Jerman yang berjaya meramalkan dengan tepat keputusan perlawanan yang membabitkan pasukan negara berkenaan pada Piala Dunia 2010 yang hangat berlangsung di Afrika Selatan sekarang. Semua tekaan sotong itu setakat ini semuanya tepat. Apakah ia satu keajaiban atau kebetulan. Teruskan membaca.


Piala dunia menjadi makin panas sekarang. Pasukan pilihan abang putra, Brazil dan Argentina sudah tumbang. Tak apalah. Itu adat permainan. Kini orang memperkatakan tentang kehebatan Jerman, Belanda, Sepanyol dan Uruguay pula. Masing-masing membuat ramalan berasaskan sebab-sebab tertentu. Tapi ada sekor sotong ni hebat betul dalam membuat ramalan. Setakat ni ramalannya tak pernah gagal. Dan sotong ni meramalkan Jerman akan kalah kepada Sepanyol dalam peringkat separuh akhir nanti. Kita tunggulah nanti. Kalau betul, sah sotong ni akan diminta pula meramal siapakah akan menjadi juara. Itu pun kalau betul. Kalau salah? Alamak kena sembelihlah nanti!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails