SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Monday, February 08, 2010

Kencing ada pelbagai maksud

Apa yang dia ni buat? Kencing atau buka penutup tangki?

Kalau saya kata, hari ini aku kena kencing apakah maksudnya? Kemungkinan maksudnya ada dua.


Pertama, mungkin aku terkena air kencing kanak-kanak atau keduanya aku kena tipu. Bahasa Melayu memang unik. Perkataan yang sama membawa maksud yang berlainan bergantung kepada keadaan dan tempat.

Contohnya, di Sarawak. Motor maksudnya kereta. Ketika baru pertama kali tiba di bumi Kenyalang saya terpinga-pinga. Ceritanya begini. Saya tanya kawan saya dia datang dengan apa. Katanya dengan motor. Saya hairan kerana dia datang bersama empat kawannya. Hati saya kata, gila ke mamat ni naik motor lima orang. La, rupanya motor yang dimaksudkannya adalah kereta. Kalau di semenanjung motor bermaksud motosikal.

Sama juga macam Terengganu, negeri kelahiran saya. Berahi (sebutan beghahi) bermaksud suka. "Aku berahi ke mu" maksudnya saya suka kat awak. Tapi maksud berahi yang kita semua faham adalah berlainan iaitu bernafsu atau "naik sheikh". Jadi jangan sekali-kali kata kat orang perempuan yang datang dari luar Terengganu "aku berahi ke mu," nanti kena pelempang percuma saja. Hehehe. Kes naya!


1 comment:

TokNabe said...

serupo juga dgn perkataan 'pantat' - tapi kat kelantan bermaksud bawah.

contoh pantat kuali....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails