Kisah ini sungguh melucukan. Ia mengisahkan orang yang ingin berbini muda. Tetapi kerana kurang teliti dan tergesa-tergesa diri sendiri yang merana. Ibarat kata orang tua-tua, dengar betul-betul dulu baru bertindak. Inilah kisah lucunya.
Ada seorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni namanya Budin. Dia dah 3 tahun menduda setelah kematian isteri.
Pada satu hari , Budin yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya. Budin pun cuba la merisik-risik dengan kawannya, manalah tau ada calon yang sesuai.
TokNabe, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Budin kerana dia ada calon yang sesuai. Budin sungguh gembira bila mengetahui calon yang TokNabe nak rekomenkan adalah "janda 18 tahun." Beria-ia benar TokNabe supaya Budin menerima pilihannya.
“Nak ke dia kat aku yang dah tua ni , TokNabe ?” tanya Budin. “Kau tu pun bukannya tua sangat Din, baru 36 tahun, rupa pun hensem lagi, macam Brad Pit apa!” kata TokNabe membodek Budin.
“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la..” kata TokNabe lagi."
" Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam” kata Budin tanpa berfikir panjang.
TokNabe pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Budin.” kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap” janji TokNabe pada Budin.
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu-tunggu oleh Budin, hari di mana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Budin. Hari tu Budin sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan TokNabe di sebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Budin.
Budin segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Budin disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Budin dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti-nanti oleh Budin, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Budin pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Budin bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Budin mulanya merasakan itu hanyalah satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Budin, baru la Budin sedar itulah isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.
“TokNabeeeeeeeeeee! !!!!!” jerit Budin sambil berlari keluar. TokNabe yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Budin “Kau tipu aku TokNabe!!!” jerit Budin sambil mencekik leher TokNabe. “Tipu apa pulak???” tanya TokNabe bingung. “Kau kata 18 tahun.!!!” balas Budin.
“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun tapi dia dah menjanda 18 tahun!!!” .
“Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu,"
abg putra - janda 18 tahun (maksudnya dah menjanda selama 18 tahun).
23 comments:
gelak guling-guling nih... :D
18 tahun menjanda byk pengalaman ooooooooo (^_^)
Hehehe, janda 18 tahun dengan janda umur 18 tahun lain tu. Tapi bunyinya macam sama.
hehehe... tu la xselidik dulu,kan dah dapat yang macam tu..huhuhu
cikaida, dengar je 18 tahun terus setuju. Tak sempat nak selidik lagi. Kan dah terkena!
hahahaha sabau je le lin..miahahaha
adeii masuk je nmpk lobang idung dh gelak..skli baca plk..mau nk terkencing gelak ni...
lain kali dok selidik kaji dulu..hahahahahahha
mamaposss...BD @ tok nabe dh baca lom ni? hahahhaa
Sis_Lin, saya fikir BD ok. Lagipun, dia sering guna nama saya dalam entri di blognya. Kali ini, biarlah saya guna nama dia pulak. Bagi glamour sikit. TokNabe, sporting, dia tak marah!
janda 18 tahunyer...sian ke budin dpt yg dh expired..huhu
mama atiq risau kot budin keracunan susu expired :))
Little buzz, heheh. tak apalah janji 18 tahun.
mama atiq. hehehe. (gelak guling-guling)
salam ziarah...nice blog... teruskan perjuangan... http://ashsyumul.blogspot.com/
aku tau kau nak paksa aku hidupkan balik blog sebab tu kau kutuk aku... tunggu hari pembalasan... haha...
Putraz April, terima kasih atas sokongan.
BD, hehehe. Hari Pembalasan? Mesti hang bagi aku pukulan maut ni. Mampus aku...Combi tolong aku...
salam... hehehehehe lawak!
* patutpun abang budin buat n3 tu :P
umi_e, itulah. BD dah bagi pukulan balas tu. Mungkin ada lagi tu.
Kasihannnn Si Budin..Kikiki..
Ieda, oklah tu pada tak ada langsung. hehehe...
ngeh3 ngeh...cite mcm ni pon ade...Lawaking sungguh!
geumjandi, memang kategori lawak antarabangsa ni...
Bang, janda pun ok. Yang penting bahagia. I redha tau...
Layar Kaca, benar sekali kata-kata anda. Entri ini hanya sekadar hiburan. Tiada niat sedikit pun hendak memperkecilkan golongan janda.
Abang Putra ni oklah...Tergoda I.
Post a Comment