TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, December 02, 2009

Kisah Bujang Senang dan Anaconda Sarawak

Kejadian buaya membaham manusia di Sarawak sering berlaku. Lalu dikatakan reptilia ini haiwan yang ganas. Benarkan begitu? Atau adakah ia angkara manusia itu sendiri. Nordin Sulaiman yang kini bertugas di Bumi Kenyalang ada jawapannya. Ikuti kisah menarik beliau.




SUDAH hampir 3 tahun saya menetap di Sarawak--dua tahun di Sri Aman dan setahun di Kuching kerana tugas sebagai penjawat awam. Saya bertuah kerana berpeluang mengenali masyarakat dan negeri ini secara lebih dekat. Sarawak--seperti juga Sabah-- sebenarnya sangat unik dengan kepelbagaian kaum, budaya dan bahasanya.

Dan tempoh 3 tahun sebenarnya masih belum cukup untuk menyelongkar pelbagai keunikan dan kelebihan negeri ini. Apabila memperkatakan tentang Sarawak sudah tentulah kita tidak dapat mengelak dari memperkatakan tentang kisah buayanya yang dikatakan ganas. Tetapi benarkah dakwaan ini?

Ketika minum pagi bersama rakan-rakan dari Kuching di sebuah kedai kopi di depan bangunan RTM, kami bercerita kisah buaya yang banyak menghuni sungai-sungai di Sarawak khususnya di Batang Lupar, Sri Aman.

"Buaya sebenarnya tidak ganas dan kacau orang. Tetapi haiwan ini sangat pendendam apabila diganggu," kata seorang rakan saya sambil menghirup kopi. "Haiwan ini boleh kenal bau manusia yang menyakiti atau menzalimi mereka, " katanya lagi.

"Apabila reptilia ini cedera akibat perbuatan manusia, haiwan ini akan menghantar signal menerusi air kepada sahabat-sahabat mereka agar bertindak balas kepada orang yang mencederakan mereka."

"Jika orang itu tidak dapat, keluarga dan cucu cicit mereka pun akan diburu dan bakal menjadi mangsa, " kata sahabat saya lagi.

Mereka boleh mengenalnya menerusi bau badan manusia itu. Lagi parah jika manusia itu pernah makan daging buaya kerana baunya boleh dikesan. Inilah kehebatan buaya yang dianugerahkan Allah.

Mendengar kisah ini saya teringat dokumentari mengenai kisah buaya di TV1 yang memaparkan tentang kehebatan sistem badan buaya. Darah buaya juga dikatakan tahan kepada jangkitan kuman dan jika ia luka ia mampu sembuh dengan sendirinya.

Moral dari cerita ini ialah kita hendaklah memperlakukan binatang dengan cara yang sepatutnya. Mereka juga ada hak untuk hidup seperti kita. Kerana mereka binatang kita tidak sepatutnya menzalimi mereka. Dalam Quran sekalipun, kita dianjurkan supaya memperlakukan mereka dengan baik.
Sarawak juga terkenal dengan kisah Mitos masyarakat Iban mengenai anakonda dari alam halimunan yang dikenali sebagai ‘Nabau’. Menurut seorang warga emas dari daerah Song, Kapit, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau merupakan anakonda misteri.

Merujuk cerita orang tua-tua, Nabau hadir secara misteri. Apabila Nabau muncul, ia seolah-olah membawa petanda sesuatu kejadian besar akan berlaku.

Masyarakat Iban terdahulu percaya apabilaNabau muncul secara merentangi sungai, banjir besar akan berlaku.
abg putra - adakah naga benar-benar wujud?

7 comments:

echah_syed said...

buaya dlm air tak ganaz tapi 'buaya diatas darat' mmg ganaz :p

betul tu abg putra buaya tak ganaz kalau kita tak jahat dgn dia.taman buaya disini penjaga buaya tu siap bercium mulut lagi dgn buaya...aduiii seram gak ler :)

apapun nasib lembu tak sondol kita AP sbb kita makan daging korban dia baru-baru ni...hiks :D

deria lembu tak power mcm deria buaya ehh!

.........

nak tahu naga wujud kena tunggu tahun baru cina heheh :D

Suara Perindu said...

Combi, hehehe komen yang menarik. Benar, kalaulah lembu pendendam macam buaya, mampus kita. Hari-hari ada-ada saja cerita manusia kena tanduk lembu.

TokNabe said...

Salam Abg Putra,ngeri ni cerita bab buaya2 ni. Kalau orang bermimpi di kejar buaya... apa kisah agaknye abg putra? :)

Suara Perindu said...

Kena jadi penafsir mimpi la pulak. Kalau perempuan yang mimpi, mungkin dia sedang dikejar mambang. Kalau lelaki pula, entahlah...

Sha said...

sarawak best kn =)

Suara Perindu said...

Sha, nak tahu best ke tak datanglah sini. Auuuuuuuukkkkkkkk.

Unknown said...

abg putra..nabau masih wujud ka??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails