TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, August 14, 2009

Habbatus Sauda Cegah Selsema Babi?


DUNIA kini dalam keadaan kelam kabut. Banyak negara--termasuk Malaysia--sudah dijangkiti sejenis virus yang dikenali H1N1 atau bahasa mudahnya selsema babi. Banyak sudah tindakan pencegahan diambil tetapi jumlah kes dan mereka yang mati akibat virus ini dilaporkan makin meningkat hari demi hari.

Jadi apa tindakan kita? Takkan nak tunggu sahaja sehingga kita sendiri dijangkiti baru kita kelam kabut. Sekurang-kurangnya, kita ambillah langkah awal dengan mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencegah wabak ini daripada menular. Dan bagi umat Islam elok kita mengadakan solat hajat beramai-ramai minta Allah hindarkan kita daripada penyakit berjangkit ini. Kita perlu berikhtiar.

Sebut pasal ikhtiar ni, abang putra teringat tentang satu berita dalam akhbar hari ini yang melaporkan khasiat jintan hitam yang dikatakan mampu mencegah selsema babi ini. Jintan Hitam atau lebih dikenali dengan nama Habbatus Sauda memang sudah diketahui umum mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Kajian tentang khasiat habbatus sauda dimuatkan dalam sebuah majalah perubatan China.

Berikutan berita itu, dilaporkan jualan jintan hitam meningkat 50 peratus di beberapa negara Asia, Arab Saudi dan Mesir. Abang yakin jualan habbatus sauda juga akan meningkat di negara ini.
abg putra--aku cakap kat mamak bagi aku H1N1 dia marah. Maksud aku: Horlick Satu, Nescafe Satu.

10 comments:

echah_syed said...

ada org ckp jus apple hijau penawar kpd H1N1..tp pendapat combi mcm ada yg tak kena jer disitu sbb apple adalah buahan import kan..

lebih baik minum air kelapa jer sbb semua org mampu beli.betul tak?

baca bismillah serta selawat dan minum.insyaALLAH.

kuIna said...

penawar segala penyakit kecuali mati.

sy dah mengamalkannya... alhamdullilah berkesan utk alahan sy.

Suara Perindu said...

Combi, cuba amalkan Habbatus Sauda dicampur dengan madu lebah asli. Bagus untuk lelaki dan wanita.

Suara Perindu said...

Kulna, kita sama. Saya kini mengamalkannya juga.

norzailina said...

Assalamualaikum, Abg Putra.
Singgah menjamu mata.
Semoga sentiasa dirahmati, hendaknya.

edan coba said...

kamu lucu benar!!! ader kata kat mamak cm tu! konfirm dia bbt hangkat senduk!!! ahahahaha....
:P

Suara Perindu said...

norza, singgahlah selalu. TQ.

Suara Perindu said...

edan, aku ingat nak bergurau. hehehe

Sis Lin said...

hehehe...nsb x budu yek..amacam?? bisness budu,berjln lancar ke?..hehehe

Diary of my now said...

tak senonoh ar abg putra ni, ada mintak mamak tu H1N1.. mesti ar dia marah. slmt berpuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails