TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Monday, July 27, 2009

Gambir Sarawak


SOALAN yang selalu ditanya oleh rakan-rakan ketika saya turun ke Kuala Lumpur ialah bawa tak gambir Sarawak? Mereka tak tanya pula pasal Kek Lapis Sarawak atau Ikan Terubuk Masin. Apa keistimewaan Gambir Sarawak. Nak tahu, tanyalah Belalang Dewa. Saya beri dia sekeping masa datang ke Angkasapuri, tidak lama dulu. Tak tahu dia guna ke tidak. Teringat juga nak bagi kat TokNabe sebab dia cerita selalu sangat sakit gigi. Gambir Sarawak ialah sejenis getah kayu yang hanya boleh didapati di Bumi Kenyalang. Ia diperolehi di dalam hutan tebal kawasan pendalaman di bahagian ke-4 iaitu Long Panai, Marudi, Sarawak. Orang lelaki kalau bercakap pasal gambir Sarawak hanya tahu "pasal tu" sahaja tetapi kegunaannya lebih dari itu. Ia boleh digunakan untuk sakit gigi, berkhatan, terkena pacak paku, membuat lubang telinga (untuk anting-anting), terkena sengatan ikan berbisa seperti sembilang dan lain-lain.

6 comments:

TokNabe said...

Memang tertunggu2 abg putra bawa balik gambir sarawak ni. Minta lebih sikit......

joegrimjow said...

suke kek lapis!!!!

mama atiq said...

owh byk gunanyer gambir sarawak ni ye nanti abg putra balik KL mama nak minta bawakkan sket ye...bleh guna apabila perlu

Suara Perindu said...

TokNabe, macam mana nak bagi ni. Pos Laju boleh ke?

Suara Perindu said...

joegrimjow, kek lapis Sarawak memang sodap.

Suara Perindu said...

Mama Atiq, nanti kalau saya gi KL saya bawa untuk mama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails