Arsaili dari Australia dan Chombi dari Sabah bertanya, ada apa-apa ke di sebalik lagu ni? Tak ada. Sebenarnya, saya tergesa-gesa membuat posting ni kerana terpaksa ke Kuala Lumpur untuk berkursus selama 3 hari. Jadi di KL, saya ambil kesempatan jumpa BD dan Ryann. Tak sempat pula jumpa Mama Atiq dan RealWoman. Lain kalilah. Mungkin hujung tahun inilah kerana dengar cerita abang Putra akan kembali semula bertugas di Semenanjung. Belum tahu lagi sama ada di Kuala Lumpur atau di negeri.
Lagu di atas dipetik dari Konsert Celine Dion di Las Vegas. Bagi yang meminati Celine boleh beli DVD konsert tu. Memang tak rugi kerana persembahannya memang hebat. Celine ambil ambil masa 5 tahun merancangnya. Kalaulah penyanyi kita seperti M. Nasir dan Siti Nurhaliza boleh mengadakan konsert sebegitu alangkah bagusnya.
Abang Putra - sedih pula dengar lagu ni. Gesekan biolanya hebat!
Abang Putra - sedih pula dengar lagu ni. Gesekan biolanya hebat!
11 comments:
Lagu ni memang best...... slowwww.
ade kena mengena dgn cinta hati ke nih..??
ermmm.. :)
ish.. ish.. abg putra..
buat apa dengar lagu sedih~??
lagu yang tak sedih kan ada...
teeheeheee...
salam..ada sejarah ke disebalik lagi ni abg putra?
alamak........nanes mcm tu sekali
sekotak tissu pn tak cukup...hhehehe
TokNabe, beli DVD. Tak rugi, semua lagu best!
Combi, DVD punya pasal. Terbang 40 ringgit.
Manje, nak buat macam mana. Dengar banyak kali pun tak puas. Berhantu!
Arsaili, hahaha. Tiada sejarah sebenarnya. Hanya sekadar lagu semata-mata.
Kujie, buruk kalau orang tua menangis.
sejak bila hang jadi jurujual VCD lucah celine deon ni...?
Post a Comment