TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, May 05, 2009

Lagi Kehebatan Budu



BUDU boleh mencantikkan wajah? Biar betul abang Putra ni. Bukan saya yang kata. Tetapi ini adalah hasil kajian Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia, SIRIM. Sebenarnya, khasiat budu sudah lama diperkatakan. Malah, saya pernah menulis mengenainya di sini.

Bagi orang Pantai Timur seperti saya, TokNabe dan abe krenat88, budu lazimnya menjadi antara menu harian. Budu, sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain, enak dicicah bersama ulam-ulaman. Tambah lagi kalau ada terubuk atau pari bakar. Perghh. Meleleh air liur beb. Kata orang, Mak Mertua lalu pun tak nampak.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit. Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

abg putra - Mai, mai beli budu! Tinggal sikit saja lagi.

18 comments:

abekrenat said...

mari semua masyarakat Malaysia kita makan BUDU....
ada lagu dikir pasal budu ni....
tapi budu cap ketereh di limbang ni mahal gila sampai RM1.60 sebotol kecik...
takper..takper... sekurang-kurangnya budu dah ke seberang laut...
harap nanti budu akan sampai ke Europe.. teringin nak tengok David Beckham, Tom Hank, Angelina Jolie make budu..
Ni lagu dikir pasal BUDU...

http://www.youtube.com/watch?v=BCefbjYDRN0

Suara Perindu said...

abekrenat,
Ha, inilah peluang demo buat pitis di Limbang. Demo klik Kelate, bawok budu banyok2 kemudian jual kat Limbang, weh. Kayo-kayo beb. Hehehe.
Jangan make budu banyak2 sangat, takut kena darah tinggi.

Sis Lin said...

kawe x pandai nk makang budu..cencaluk oke ler...

Suara Perindu said...

Sis-lin, cencaluk pun sodap. Saya pun suka. Kena pula nasi panas2. Ada ulam dan ikan bakar. Perghhh.

kuIna said...

statmnt pertama tu sy suka tp sy ada resdung.....

Suara Perindu said...

Kulna LadylnRed,
Tak apalah, kalau tak dapat makan budu pun. Banyak makanan lain lagi yang berkhasiat. Jangan seksa diri.

abekrenat said...

cencaluk dgn budu tu kira sepupu laaa sis-lin... saya pun suka makan... abg putra saja nak buat orang meleleh air liur...

boboiz said...

tak laku lah produk kecantikan lepas nie....tapi boboiz dah try makan budu..tapi takleh nak makan..tak reti..kalau cencaluk memng makan..

Suara Perindu said...

abekrenat, hehehe ada juga jenis pekasam yang sepupu ya!

Suara Perindu said...

boboiz, saya cencaluk dan budu boleh bedal semua tapi umai (ikan mentah) tolak tepilah. hehehe

mama atiq said...

owh!! selama nih mama dok tertanya y oghang pompuang sebelah pantai timur comel lote cun melecung, hok jantang pulok henseng2.. o!o! dah terbongkar...rupa2nye BUDU rahsianyer...Tp abg putra ni, citer pasal budu pah tu gi makang ayang golek...we !!!..ulasang tak selari...

Suara Perindu said...

Mama Atiq, hebat mama cakap loghat tranung. Kalah abg putra. Bukan menda, jemu doh dengan budu. Nok makang kentucky, oghang kata syarikat Yahudi punya. Kita cari ayam golek ajelah. hehehehe

BelalangDewa said...

budu adalah makanan yang diperam dan makruh dimakan, sama dengan hisap rokok... tetapi kalau disapu dimuka akan mencantikkan wajah. hilangkan kedut dan kerutu...

BelalangDewa said...

to mama atiq.
abg putera makang ayang golek cicah budu....

Suara Perindu said...

Setuju dengan Belalang Dewa. Tapi yang makruh tu lah susah kita nak tinggalkan.

echah_syed said...

rokok kalo bole bawa maut hukumnyer HARAM weii.. :(

nik aziz kecek org yg hisap rokok lebih hina dari lembu.. :p

aii suke setetmen nih..yezza :D

Suara Perindu said...

Combi, komen ni macam nak tuju pada "seseorang" je. Hehehehe.

iKa said...

ouhh..budu mmg sedap..
=))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails