TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, May 14, 2009

Elak makan kepak ayam





Elakkan makan kepak ayam khususnya wanita.  Kenapa?  Maklumat yang saya  terima, ia boleh mengakibatkan ketumbuhan ovari. Ewah, abang putra dah jadi doktor pulak dah.  Entah betul entah tidak.  Tetapi tidak salah, kalau kita mengambil langkah pencegahan.  Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?  

Menurut maklumat itu, kepak ayam disuntik dengan steroid bagi mempercepatkan tumbesarannya.  Inilah yang menjadi punca ketumbuhan jika kerap memakannya.  

Maklumat tu tidak pula menyatakan kesan kepada lelaki yang suka makan kepak ayam seperti abang putra dan Budin.  Jadi kepada wanita di luar sana seperti Kujie, Mama Atiq, Combi, Sis Lin, Aspalela, Jun dan yang sewaktu dengannya, ambillah nasihat ini.


Abg Putra - makan peha selamat kot! Lagipun ni ayam kampung. hangpa tengok ajelah ya.  Perghhh. Sedap gila!

27 comments:

Sis Lin said...

ayoyo...ye ke tu?takutnye...
tp terbalik lak ek,hrtu lin dngr2 x elok utk kesihatan org lelaki tp yg ni utk pompuan lak..
tp yg penting utk kedua2 skli jgn mkn le,lgpun tang ketiak tu mmg uwekkk sikit le,tp sodappppp..hahaha

Suara Perindu said...

Hehehe. Mana satu yang betul ni? Ringkas cerita, elok kita kurangkan makan chicken wing tu.

Tinta Biru said...

hahaha.. lelaki pun tak boleh makan kepak la...

Suara Perindu said...

TintaBiru, apa kesan kat lelaki? Suspen ni!

arsaili said...

salam abg putra...apa kabar...nanti jumpa kat kuching InsyaAllah..nak balik kuching kejap...bulan depan. Tu la..kena makan ayam kampung...tanpa chemical baru selamat...

echah_syed said...

lor..kat sabah kepak ni pemes giler :p

aritu combi baca tak bole SELALU mkn kepak (sate & seangkatan dgnyer) yg dipanggang atas bara api bole menyebabkan kanser..melainkan kita mkn timun bersama utk nuetralize semula bende yg dipanggang tadi..pernah baca tak?

abg putra..bontot ayam pun ade org mkn ekk.combi geli laa tp dorang ckp sadapp :D

hehe..jgn nak kona-kona arr abg putra.tp budin tak bole caya sbb otak dia senget sket :p

ampun budin..kita kan kwn hang jgn saman aku pasai aku blom jd jutawan lg..! *wink*

Suara Perindu said...

Arsaili, terima kasih telefon dari Australia. Nampak gaya saya akan beli sesuatu untuk tuan di Terengganu nanti masa bercuti. Nasi ayam penyek, arsaili suka tak? Boleh saya belanja.

Suara Perindu said...

Combi, masa saya pi KK dulu saya suka ke Tanjung Lipat makan kepak ayam dan ikan bakar. Terima kasih atas maklumat Combi tu. Jadi kena makan timun untuk neutralkan lemak.
Sebab tu sate dihidang bersama timun dan bawang.

::Asya Alesya Natasya:: said...

selamat pagi jumaat

TokNabe said...

ni peberet saya juga ni.. kepak ayam, abg putra tolong carikan artikel mengenai kesan pada lelaki pulak deh! mana tau ada kesan gak naya.. nanti.

BelalangDewa said...

kalau nak makan kepak ayam tentukan ketiaknya disembur dengan minyak wangi. sebab ketiak ayam selalunya berbau hapak.... betul tak Lin..?

Aspalela said...

Baik lah Doktor Putra...heheh
Tp kan, tang tu la yg sodappp...
sbb kat kepak, daging kureng..tulang je adoo...

mama atiq said...

owh!! patutle mama semakin subur dan subur cepat je tumbesarannye.. angkara kepak ayam ropanye..:(

Suara Perindu said...

Aryana, Salam sejahtera juga untuk saudari.

Suara Perindu said...

TokNabe, memang saya sedang cari kesannya kepada lelaki. Bimbang juga ni! hehehe

Suara Perindu said...

BD, hehehe macam-macamlah hang ni.

Suara Perindu said...

mama atiq, apa yang subur tu? Boleh kongsi? Hehehe.

Suara Perindu said...

Aspalela, memanglah kepak ayam sedap. Tapi yang sedap tulah dilapor ada kesan sampingan. Susah.susah

MuMMy 2 Haqq said...

hmmm..ni part paling susah nak elak neh..

Suara Perindu said...

arnirina, jarang jumpa orang yang tak suka kepak ayam.

Jun said...

Abg putra...ye, ye..mmg selalu beli ayam kampong pon...x yah makan terus la...kita pakat2 makan ikan j..hehhe

Suara Perindu said...

Jun, elok tu mari kempen makan ikan pula.

budiman said...

cegah dulu,,,nak ubat mahal ta

kirana said...

Kalo camtu, lain kali ko makan kepak ayam, ko bagi Kirana makan paha ayam. Sedap giler....ko tengok je ye!

Suara Perindu said...

Budiman, setuju. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Suara Perindu said...

Kirana, boleh tapi kena makan peha ayam kampung. Terjamin selamat dan sodap. hehehe

Unknown said...

untuk lelaki kesan dia lemah kan tenaga batin...betol...saya dah try tak makan kepak ayam sebulan mmg ada effect...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails