TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, April 29, 2009

Cemburu Tanda Sayang?

[Haiwan pun tahu "cemburu", ke?]

Benarkah cemburu tandanya sayang? Soalan ini hanya anda yang boleh memberi jawapannya, bergantung kepada pengalaman masing-masing. Yang pasti, sifat cemburu adalah naluri manusia yang wujud sejak azali. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kita.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.


SmileyCentral.com Abg Putra - Biasanya orang bercinta kuat cemburu!

10 comments:

BelalangDewa said...

aku tau la kau tak cemburu... suami mitalik....

Suara Perindu said...

Belalang,
Tidak benar, semua manusia mempunyai sifat cemburu, termasuk saya juga!

TokNabe said...

kalau orang cemburu membuta tu yang takut... ntah apa2 jadi kan.

mama atiq said...

cemburu jugak agak bahaya...mama pernah nak calarkan keta pompuan yg asyik kacau baba...sib baik dpt kontrol...mama sekadar tepek cewing gum sajer....

Suara Perindu said...

TokNabe,
Ini macam ada pengalaman je. Hehehe.

Suara Perindu said...

Mama Atiq,
Memang mama ni hebat. Fantastik. Bombastik. Mr Loba-loba.

Sis Lin said...

cemburu tandanye sayang...
klu x cemburu x de perasaan....

Suara Perindu said...

Sis-lin, benar mana ada orang yang tak cemburu. Sikit pun mesti ada.

Jun said...

cemburu kna ade..tp x leh lebih2 kang jd pemburu...nak hentam org aje kejenyer...x d rasa cemburu kang org kata kayu plak, x d perasaan kan, kan, kan abg putra....

Suara Perindu said...

Jun, benar, kena pandai kendalikan perasaan cemburu tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails