ANDA ingin sentiasa sihat dan bertenaga? Sudah mencuba pelbagai produk tetapi masih lesu dan tidak bermaya. Lupakan sementara Tongkat Ali, vitamin dan sebagainya tetapi amalkan minum air mineral setiap hari. Ini bukan abang yang kata. Tetapi kajian penyelidik dari Universiti Hopkins. Katanya, air mineral mampu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan seksual. Air mineral juga dikatakan mampu meningkatkan kesihatan jantung dan mengawal masalah tekanan dan melancarkan aliran darah. Abang teringat masa kecil dahulu, masyarakat kampung selalu minum air telaga. Mereka sihat dan jarang mengalami penyakit kerana air telaga mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Benar atau tidak, tidak salah kita mencubanya!
Abg Putra - Nampak gaya kena cari air mineral sedozen lepas ni!
11 comments:
Abg Putra...betoi, ayaq mineral memang baguih...tengok mama ni kecik2 mandi ayaq telaga sbb. tu mama gebu...bab kuat tu tak minum ayaq mineral pun mama sentiasa kuat...kuat belanje, kuat tidoq dan juga kuat jalang carik makang...
mama atiq,
Satu ulasan yang menghiburkan. Mama tolong hantar masakan mama yang enak tu sepinggan kat sini.
maka selepas ini orang lelaki akan berlumba2 meminum air mineral.....
hehe...orang kita ni tak leh terdengar sikit bab2 kuat ni...
TokNabe,
Oghang Tranung kata, maghi kita pakat togok ramai2 air mineral. Hehehe
susah nak paksa anak2 minum...dia mengelat
sy letak air dlm 3 botol, sorang satu, tulis nama
air sapa tak abis2...siap kena berleter
Kujie,
Lain dengan saya, bila beli air mineral, diaorang asyik nak minum air mineral saja. Air masak langsung tak sentuh. Boleh bangkrap lagu ni. hehehehe
salam putra..kat rumah ni memang cik abang beli air mineral..dia beli berkotak-kotak.....bahaya ni...kena berjaga-jaga..
bru perasan ni en3 ni...ye ke?air mineral ubat kuat? wah2..leh le minum air byk2 ni..silap2 kembong perut lak..adehhhhh hahahaha.
tp mmg betul,x cukp air dlm bdn,sistem penghadaman pun tersekat2...he3x
KaK Ina KL, Hahaha, tak apa niat dia baik. Ada makna tu!
Sis Lin, kadang-kadang pening juga. Ada yang kata mineral bagus. Ada juga yang kata minum banyak pun tak bagus. Mana satu nak percaya ni. Poning den lagu ni.
memang doh boh..cer tengok ayoh ngoh awang..amalang die banyokkang minung air masok..lening umor dia 70 tahung doh..sehat walafiat n gagoh perkase lagi...he..he.. ke guane???
Post a Comment