SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Saturday, September 13, 2008

Tudung Dan Kreativiti

Tudung Sulam Kerawang Jepun

ORANG kita memang kreatif, sekurang-kurangnya dalam bab berniaga. Pelbagai cara dilakukan bagi melariskan jualan. Dalam perniagaan tudung, misalnya, daya kreativiti mereka terserlah. Mereka pandai mengaitkan nama-nama orang terkenal atau drama-drama popular dengan nama tudung mereka untuk melariskan jualan. Ini sikap terpuji. Di Kuching, ada dijual tudung angkasawan, tudung batik Dubai, tudung ayat-ayat cinta dan tudung Datuk K. Khabarnya, sambutan di kalangan pembeli amat menggalakkan menjelang Syawal kira-kira 2 minggu lagi.

Pelbagai tudung menarik di Kuching (gambar Utusan)

Di Johor Bahru pula dilaporkan, tudung Ezora, Manjalara dan Bella mendapat tempat di hati pembeli. Pembekal menggunakan judul drama-drama popular untuk melariskan barangan mereka.

(gambar utusan)

Pulau Pinang pun apa kurangnya. Tudung KLCC dikatakan mula membanjiri pasaran. Anehnya, kenapa KLCC? tidak Komtar atau sebarang tempat popular di Pulau Mutiara itu.

Apa kaitan nama tudung dengan pembeli? Untuk menjawab soalan ini saya teringat masa Perang Teluk dulu. Nama Saddam Hussein begitu popular. Lalu saya tidak terkejut apabila balik kampung di Terengganu, saya menemui sebuah gerai Roti Canai Saddam Hussein. Dan pelanggannya usah ceritalah. Full House kata orang putih. Tetapi kini kehadiran pelanggan di gerai Saddam Hussein tidaklah seramai ketika isu itu sedang hangat dibualkan orang. Jadi, kaitan nama mesti sesuai dengan isu semasa.

abg putra - Kalau saya nak jual tudung abg putra boleh laku ke?

nak masak bubur lambuk ni!

9 comments:

Lyla said...

wah jilbabnya bagus ya abang :)

echah_syed said...

wahh abg putra pun beli tudung utk mrs ekk.bagus-bagus.. huby mithali.byk dpt pahala :)

tudung abg putra..??laku.. kalo abg putra sama level dgn datuk k :p

Abang Putra said...

Lyla, di sini jilbab maksudnya tudung labuh.

Abang Putra said...

Combi, tudung abg putra mana laku, lainlah tudung combi ke atau tudung Kujie, Tudung Norz atau tudung Divahantu. hehehehe

Jie said...

Abgputra...tudung ibu arini ade tak? hehehehe

Jie said...

sy tak cukup fofulerlah abgputra..hehehe

Abang Putra said...

Jie, tudung ibu arini? Tak pasti. Kena tanya kat kedai dulu.

eedany said...

Dah siap ke bubur lambuknya abg putra?

dari semalam lagi saya tunggu...

:P

Abang Putra said...

eedany, La patutlah tak masak2, habukpun tarak kat dalam tu. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails