Orang ini memang hebat. Dia boleh jawab soalan hanya dengan menampar muka orang yang menyoalnya. Sekali tampar, tiga soalan susah terjawab sekali gus. Tak ke hebat!
Kisahnya begini. Ada seorang lelaki bernama Ayoh Pin baru kembali dari luar negeri. Dia meminta emaknya mencari seorang ahli agama yang boleh menjawab tiga kemusykilan berkaitan agama. Lalu emaknya mencari seorang pemuda yang dikenali dengan nama Syeikh Budin.
Beginilah dialog antara Ayoh Pin dengan Syeikh Budin.
Ayoh Pin: Hang boleh jawab ke soalan aku ni. Hang tau dak, profesor pun tak boleh jawab sebelum ni.
Syeikh Budin: InsyaAllah, saya cuba.
Ayoh Pin: Begini soalannya. Jika Allah wujud, bagaimana bentuknya. Apakah yang dikatakan takdir dan kenapa syaitan dimasukkan ke dalam neraka sedangkan ia dicipta daripada api?
Api dengan api mana kesannya?
Selepas Ayoh Pin habis mengemukakan soalannya, satu penampar hinggap di pipinya.
Ayoh Pin: "Aduh," Await hang pukui aku. Sakit nak mampuih ni.
Syeikh Budin: Itulah jawapan kepada ketiga-tiga soalan tadi.
Ayoh Pin: Aku tak fahamlah.
Syeikh Budin: Begini. Hang rasa sakit. Cuba hang beritahu aku bagaimana bentuk sakit tu.
Ayoh Pin: Tak tahu.
Syeikh Budin: Samalah, kita dapat rasa kehadiranNya, tapi tak mampu menggambarnya.
Adakah hang bermimpi kena tampar oleh aku hari ini? Atau hang dah jangka aku akan menampar hang hari ni, soal Syeikh Budin lagi.
Ayoh Pin: Tidak.
Syeikh Budin: Hah, itulah yang dinamakan takdir. Tangan aku yang menampar hang tadi dan muka hang yang kena tampar diciptakan daripada apa?
Ayoh Pin: tanah.
Syeikh Budin: Hah, kalau tanah sama tanah pun sakit, samalah dengan api.
abg putra-- hebat betul syeikh Budin ni.
16 comments:
salam abg putra
Abg putra ngan abg budin ni dok main berbalas-balas entry ek....elok ler tu.
ahahhaa..
ksian ayoh pin tu :p
dan syabas tuk syeikh budin dgn jawapan2 yg bernas itu :D
2 Dina,
Bukan apa Dina, Budin minta royalti sebab guna nama abang sebagai pelakon dalam blog dia. Abg tak mampu bayar. Dengan buat entri ni, tak payah bayarlah. Seri. hehehe
2 Nanonano,
Jadi, kalau dapat soalan-soalan susah tu kasi pelempang sahaja. Tapi awas! kena sediakan jawapannya. Nanti, kita pula yang kena pelempang. hahaha
Mentang-mentang orang Ganu maqka Ayah Pin juga modalnya.
Bagaimanapun ceritanya menarik dan bijak...berdakwah sambil berlelucon....
Salam Abang Putra...
Gegeegegegege... wahhh... tatau Budin dah jadi tuan sheikh. Sabar sabar... Sihat ke?
2 Saiee,
berdakwah sambil berlelucon. Memang tepat sekali istilah yang diberi. Orang sastera ni memang hebat. Yang penting mesejnya. Dok gitu Mr Saiee?
2 OD,
Dia ambil saya jadi pelakon, sekarang saya ambil dia pula. Adil lah tu.
baguslah usrah abg ni..dlm lucu ade nasihat :)
~ caiyoolahhh !!!
Kalau dalam zikir barat maka gelarannya Sheikh Budin Tukang Karut....
2 Combi,
Dalam kelucuan ada mesej. Itu yang penting.
baru je baca aritu kat blog debik. cerita sama, pelbagai versi :)
lps ni amek sy plk jadi pelakon, bolehlah sy claim royalti hihi
Lama x mai melawat blog hiang.
Sihatke. Lama x dengar cerita. Harap hiang sihat sekeluarga.
Wassalam.
sapa la gerangan Sheikh Budin..hebat sekali ilmunya..uhuhu
hahaha..lawok senin
A+ untuk article ni. Bagus..
Post a Comment