TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, November 15, 2007

Manusia kahwini anjing


DALAM Islam, kita dilarang menzalimi binatang walaupun ia seekor anjing atau babi. Mereka juga makhluk ciptaan Allah dan tidak wajar dianayai atau dizalimi. Sudah banyak kita dengar kisah-kisah balasan yang diterima oleh orang-orang yang menzalimi binatang. Dan kita juga pernah mendengar kisah pelacur yang diberi balasan syurga kerana memberi minum anjing yang sedang kehausan. Ertinya, jangan kita buat kejahatan atau kezaliman hatta ke atas binatang sekalipun.

Seperti biasa, abang putra akan bawakan kisah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Kisah ini berlaku di Chennai, India. Seorang petani memilih berkahwin dengan anjing untuk membuang apa yang dipercayai satu sumpahan ke atas dirinya. Dia berbuat demikian untuk menamatkan sumpahan kerana merejam hingga mati dua ekor anjing yang sedang mengawan.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, beberapa hari kemudian, petani terbabit, P Selvakumar tiba-tiba pekak, tidak mampu bercakap dengan baik dan lumpuh. Inilah balasan terhadap perbuatan kejamnya ke atas binatang.
Puas dia berubat tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia menemui seorang nujum yang memberitahu Selvakumar, dia disumpah oleh roh-roh jahat anjing yang dibunuhnya.

Kata Tok Nujum, jika Selvakumar mahu membuang sumpahan itu, dia mesti mengahwini seekor anjing betina.
Dipendekkan cerita, Selvakumar akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan seekor anjing yang diberi nama "Selvi" tetapi tidak dapat dipastikan adakah penyakitnya baik selepas upacara itu.

Cerita dan gambar: petikan dari AFP

20 comments:

TokNabe said...

macam-macam peristiwa berlaku dalam dunia ni. Pelik dan luar biasa pada tempat kita tapi biasa di tempat orang. Lain padang lain belalang.

Tapi biarlah akal tu diguna sebaiknya.......

Unknown said...

Salam Abg Putra...
Itu kepercayaan mereka. Kalau ikut kita, kita minta ampun kepada ALLAH saja. Lagipun, jarang kita nak bunuh binatang sekejam itu, betul tak? Entahlah... kalau OD, takut nak kacau anjing yang tengah mengawan. Tak pasal-pasal, kena kejar balik... ngeh.

Anonymous said...

macam macam la dunia ni.

arsaili said...

a good lesson la kan..jadi jangan menganiya makhluk Allah even pun tumbuhan sekali pun..Opah D jgn dok petik2 bunga kat tepi jalan tuh..ekeke

echah_syed said...

mungkin jugak tu balasan dr ALLAH..

~ yg sakit ati kt anjing tu watpe ??


~ jeles la tuu...uhuks :P

Noushy Syah said...

OK OK..that farmer believed he was cursed by the dead(the dogs)..atleast he has reasons for marrying the dog although that's sounds silly..BUT for those 'ZOOPHILIA's memang takde reason aside from mentally disturbed or simply satisfied with animals, including dogs!!..atau pun desperado either partner not giving enough or no skills..ahaksss...

Anonymous said...

Toknabe,
Benar, pelik dan ganjil bergantung kepada norma dan budaya. Orang lelaki Terengganu dan Kelantan pakai kain batik kelihatan pelik pada pandangan orang luar. Demikian juga orang Melaka yang dianggap bercakap kasar apabila mengunakan perkataan "hawau" "lahabau" sedangkan ia biasa bagi mereka.

Anonymous said...

OD,
Memang benar OD, dalam agama kita, apabila membuat silap kita mohon ampun kepada Allah.

Anonymous said...

Sebol,
Inilah kehidupan. Kita sebagai pelakon. Ganjaran baik dan buruk di akhirat nanti.

Anonymous said...

Arsaili,
Ya, benar tumbuhan pun makhluk Allah. Mereka bertasbih dan memuji Allah hanya kita tidak mampu mendengarnya. Oleh itu, kita tidak boleh menebang pokok sewenang-wenangnya atas kepentingan diri.

Anonymous said...

Combi,
Kata orang, pembalasan baik dan buruk di bayar cash. Hanya kita tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar.

Anonymous said...

Noushy,
'ZOOPHILIA's istilah baru ni. Mereka yang menggunakan binatang untuk kepuasan seks. Nauzubillah!

Anonymous said...

salam abg putra

nilah satu kepercayaan yg paling bodoh yg penah sy baca. Ada ke patut kawin dgn anjing just becoz to cure his curse...damn stupid !!

Anonymous said...

2 Dina,
Nilai dan kepercayaan tidak sama, ia dipengaruhi pegangan dan agama masing-masing.

Masy said...

x pasal2 je kene kawen dgn anjing

Saiee Driss said...

Kalau tak silap saya di tepi pantai di Pulau Pinang ada dua batang pokok yang telah dikahwinkan dengan penuih adat istiadat.

Saya pernah ditunjukkan popkok-pokok berkenaan.

Tidak berapa lama dulu (agaknya dalam tahun ini juga) ada seorang gadis minta dikahwinkan dengan mayat tunangnya.

Ada kepercayaan di kalangan satu kaum bumiputera di sebuah negeri di Malaysia, seseorang itu boleh ditunangkan oleh buaya, iaitu hendak dimakannya.

Dan pertunangan itu boleh diputuskan dengan perantaraan bomoh..dengan pengeras tertentu .

Antulawa said...

abg putra rasanya camni la..bila malam anjing tu bertukar menjadi gadis rupawan yang sunguh sexy!Tu pasal dia nak kawen dgn anjing..Saiee kata ada kawin ngan pokok ke?nak tergelak besar sebab saya pernah di bully kene CIUM batang pokok kelapa....uuuwwaaa aku kene bully spoting buat jugek ler..cium batang pun cium je laa..naya saya ari tu bang putra!!

ryann said...

mereka percaya pada tulah. umpama hikayat dulu - dulu pulak. perlakuan tak baik dapat balasan

pat said...

Hallo Abg Putra,

Kamek tok blog hopping tek dari blog sapa ndak kah terus aja masuk blog kitak tok eh.sik nyangka kitak dari sri aman sebab kampung kamek di sri aman juak.Kitak org siney kah?Org semenanjung ka org swak?Mun sik paham iboh marah ...hehehe :P salam perkenalan :)

Aina@Azila said...

Hai..kenapa laa dia jeles sangat enok anjing tu tengah mengawan?

Adakah selepas berkahwin, dia akan "mengawan" jugak dengan "Selvi"?? As Selvi kan dah jadi wife dia....Oh tidak????

The moral of the story, jangan zalimi binatang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails