Raya datang lagi. Namun, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, raya tahun ini kita terpaksa hadkan pergerakan kita kerana wabak Covid 19. Marilah kita terima dugaan ini dengan hati yang terbuka dan bersikap positif demi menjaga kesihatan semua rakyat Malaysia di bumi bertuah ini. Kita masih dapat memeriahkan suasana dengan menghubungi keluarga dan rakan-rakan melalui sidang video di media baharu. Apa yang penting ialah kita mengekalkan silaturrahim yang telah lama terjalin. Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh pembaca blog ini di mana juga berada.
Monday, June 01, 2020
Tuesday, March 07, 2017
KEJAYAAN TISMI, DORONG TFM TERBITKAN TOKOH AGAMA TEMPATAN PULA
Kejayaan menerbitkan program Tokoh Islam Minggu Ini, TISMI mendorong Terengganufm mengadakan lebih banyak lagi program yang boleh memberi manfaat kepada pendengar. Salah satunya ialah JEJAK INTELEKTUAL yang boleh diterbitkan dengan kerjasama kerajaan negeri. Berita lanjut KLIK SINI.
Thursday, March 02, 2017
KISAH UWAIS AL QARNI (DOWNLOAD SEMUA EPISOD TISMI)
Orangnya hanya bekerja mengambil upah mengembala kambing. Berpenyakit kulit dan dijauhi oleh penduduk kampungnya kerana penyakit itu. Dia tidak dikenali penduduk kampungnya di Yaman. Namun Rasulullah selalu bercerita mengenai keistimewaan pemuda ini di sisi Allah kerana doanya amat mustajab. Apa yang menyebabkan kedudukan Uwais begitu mulia di sisi Allah? Apakah amalannya? Kita ikuti program Tokoh Islam Minggu Ini, TISMI. Paparan menarik yang semestinya diketahui oleh kita umat Islam sebagai panduan dalam kehidupan menuju akhirat. Klik player di bawah ini untuk mendengar kisah-kisah sejarah kegemilangan Islam. Dibawa dalam bentuk dokumentari radio yang menarik.
UWAIS AL QARNI
BILAL BIN RABAH
UMAR ABD AZIZ (SIRI 1)
UMAR ABD AZIZ (SIRI 2)
SULTAN MUHAMAD AL FATEH (SIRI 1)
Sunday, February 19, 2017
"RAJA KHEPOK" POPULARKAN GANDINGAN RIDZ DAN SIDI
Segmen "Raja Khepok" yang disiarkan setiap Ahad hingga Selasa dalam Slot Selamat Pagi Terengganu, kini makin mendapat sambutan dalam kalangan pendengar di Terengganufm. Segmen gandingan DJ Ridz dan Sidi itu mengkehendaki pendengar membina ayat-ayat tertentu berasaskan khepok (kerepok makanan tradisional Terengganu). Pemenang yang berjaya menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan, akan diistiharkan sebagai "Raja Khepok" dan mendapat hadiah sumbangan beberapa penaja. Slot ini bermula pukul 7.40 pagi. Menurut DJ Ridz atau nama sebenarnya Mohd Ridwan Dollah, idea mengadakan segmen berkenaan timbul selepas pihak pengurusan radio berkenaan mahukan beliau membuat perubahan bagi memantapkan lagi slot pagi itu.
Ridz dan Sidi, punyai aura tersendiri
Beberapa pendengar yang ditemui Suara Perindu melahirkan pandangan mengenai segmen berkenaan. Peminat setia, Ahmad Fauzi, 35 dari Pasir Panjang berkata, program itu menarik kerana memberi peluang kepada pendengar menguji minda mereka selain dapat memenangi hadiah jika berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. "Cuma jangan berikan soalan terlalu mudah kepada seorang pendengar sahaja. Kalau boleh beri peluang kepada dua tiga orang pendengar." kata Fauzi yang memuji beberapa perubahan yang dibuat oleh Tfm setakat ini.
DJ Sidi
Ani Musa, 27 dari Ladang pula berpendapat, Tfm perlu menyajikan rancangan yang segar dan lagu-lagu yang terkini. "DJnya pula jangan terlalu suka berceloteh atau membebel tanpa fakta," kata Ani yang turut meminati program "Keda Kopi" terbitan Rohani Hussin.
Subscribe to:
Posts (Atom)