Monday, April 20, 2009

Geraaaaaaaaaaammm!

Lelaki selalu "geram" wanita cantik

Geram adalah sifat semulajadi manusia. Kita semua semestinya ada perasaan geram. Bangun pagi kita awal lagi dah geram kerana air paip tak ada. Mana tak geram, lepas melabur, buka batang paip, air tak keluar.

Di jalan raya, geram lagi. Kereta di hadapan terhegeh-hegeh. Dua tiga kali lampu bertukar merah, kita masih tak lepas. Geram sungguh. Menyumpah-nyumpah kita kat kereta kat depan. Sampai di pejabat, geram lagi. Parking kita orang lain dah masuk. Geraaam. Nak kena memo orang ni.
Sampai di ofis geram lagi kat steno kita. Bukan dia buat salah apa-apa pun. Cuma kita geram tengok dia aje. Cantik dan menggiurkan, macam mana tak "geram."

Hari ni 23 hb dapat gaji.  Geram lagi. Pergi bank beratur panjang.  Sampai giliran kita duit pula habis. Geram. Geram.

Macam-macamlah geram ni. Boss geram kat anak-anak buah sebab lembab buat kerja. Pembangkang geram kat kerajaan. Anda macam mana? Tak kan tak geram kot?

SmileyCentral.com abg putra - ada yang geram jika streamix buat hal

31 comments:

  1. combi pun geram tgk pompuan cantek apatah lagi abg putra & paklang yg mmg sah mata boya.. kui 10x

    cantek itu anugerah rugi kalo tak tgk..tak gitu abg putra :D

    ReplyDelete
  2. Combi,
    Kui 20X (kroh...koh...koh Batuk). Benar bagai dikata. Tapi geram juga kat Combi kerana sentiasa jadi pengkomen yang pertama. Syabas!

    ReplyDelete
  3. Geram pasal apa maternity leave di Mesia ni 2 bulan je. ATLEAST 4 bulan!!!!@!~

    Bergaji ofcourse!!!

    ReplyDelete
  4. streamyx tu kadang2 je wat hal. cuba tgk maxis bodben.... asik2 dia, asik2 dia jer buat hal!

    ReplyDelete
  5. mcm2 benda leh digeramkan kalu ikut hati...ikut mata juga..;)
    haha...

    ReplyDelete
  6. sy tgh geram...

    tak de idea nk tulis blog

    hiks!

    ReplyDelete
  7. haiyooo geram perempuan cantikk ka? hehhehehehe

    linn pun kdg2 kalu dtg gerammm leh telungkup periukk..hahahha

    ReplyDelete
  8. Jii,
    Yang tu kena tanya Menteri Kesihatan.

    ReplyDelete
  9. Linn,
    Memang geram kalau internet buat hal. Tambah lagi waktu tu kita banyak idea nak posting blog.

    ReplyDelete
  10. Nana Neriza,
    Jangan simpan. Lepaskan geram tu. Baru release tension. Tapi biar berpada.

    ReplyDelete
  11. Kujie,
    Lagi geram kalau ada idea, komputer pula buat hal.

    ReplyDelete
  12. ciklinn,
    Telungkup periuk...hahahaha hebat geram anda! Oghang Tranung kata "tungging nyiur". hehehe. Guling Bating.

    ReplyDelete
  13. hahaha lelaki slalu geram ngn pmpuan cntik kn kn kn

    abis tu kteorg yg xcntik ni xgeram ke. tsk tsk tsk

    ReplyDelete
  14. Cik Kmar,
    Susah nak jawab kerana memang sejak zaman Adam lagi sifat lelaki memang begitu. Sebab itulah berlaku perkelahian Habil dan Qabil kerana berebut perempuan.

    ReplyDelete
  15. alahai kdg-kdg tu geram dgn cik abg ni...

    ReplyDelete
  16. Kak ina kl,
    Kalau geram dengan "cik abang" tu perkara biasalah. Adat rumahtangga.

    ReplyDelete
  17. Geram mcm utk gambar paling top tu best... geram yang muka merah menyala tu yang tak bestnya.

    Hehe.. pasal stemik, ramai orang yang geram tapi nak geram pada sapa. Geram kat telepon, kabel atau komputer ataupun geram kat diri sendiri kenapa langgan stemik tu. :D

    ReplyDelete
  18. geram hanya untuk husband and wife

    http://sexy-lingerie-for-marriage.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. hahaha.... bagus isu ni... hehehe

    suka dengar lagu geram ni...

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete
  20. sy tgh geramm sgt ni..argghhh!!
    *alamak terlepas geram kt sini lak* =p

    ReplyDelete
  21. TokNabe,
    Kita sama, paling saya geram streamixy buat hal sedangkan kita banyak idea nak posting. Geraaaaam!

    ReplyDelete
  22. Yanzz7,
    Untuk husband & wife aje. bagaimana dengan yang masih solo. "geram tengok" ajelah. Hehehehe

    ReplyDelete
  23. Adry,
    Terima kasih. Sekali sekala kita kena kreatif, baru tak membosankan.

    ReplyDelete
  24. NemoNemo,
    Lepaskan geram dik, lepaskan tenanglah. Jangan simpan.

    ReplyDelete
  25. saya ok.. x geram kat apa-apa / sapa-sapa pun! :)

    ReplyDelete
  26. Zuhaini,
    Bagus, jangan geram2. Nanti kena darah tinggi.

    ReplyDelete
  27. jun tgh geram ni tu sbb nak gak komen kat sini...tp tu j lah komennyer..abg putra jgn geram yer..hikks!

    ReplyDelete
  28. Jun, hahaha ingat geram apa tadi!

    ReplyDelete
  29. Geram sangat2 kalau time kita nak guna stremiyx time tu le dia buat hal...rasa mcm nak campak kat laut je bagi ikan jos makan...wuaaaaaaa

    ReplyDelete
  30. Tintabiru, hehehe. samalah dengan saya.

    ReplyDelete
  31. Arghh geram2...banyk task xsiap lg ni..hehee

    geram2..geram...

    ReplyDelete

Saya amat menghargai komen anda. Terima kasih daun keladi, singgahlah lagi!