Friday, November 02, 2007

Nyaris dibelasah kerana tunjuk kemaluan!

AMAT sukar untuk memahami gelagat dan karenah manusia. Ada-ada saja tingkah laku dan perangai tidak senonoh yang mereka lakukan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, asalkan mencapai apa yang dihajati. Kadang-kadang perbuatan mereka tidak bermoral, tapi mereka tidak kisah, buat muka selamba je.

Kali ni abang putra nak bawa cerita tentang lelaki gila seks. Cara mereka mencapai "kepuasan seks" amat berlainan. Golongan ini sudah wujud sejak dahulu hingga sekarang dan sudah ramai menjadi mangsa, khususnya gadis remaja dan wanita. Lelaki jenis ini akan mencari tempat-tempat tersembunyi untuk menjalankan modus operandinya. Dan apabila menemui mangsa yang diidamkan dia dengan muka selamba "mengeluarkan belalainya" lalu dipamer ke arah mangsa. Ramai sudah yang menjadi mangsa.

Dulu, semasa bertugas di Angkasapuri, ada seorang yang menjalankan operasi ni. Dia "beroperasi" di atas bukit dan "mempamerkan belalainya" yang berserabut tu ke arah kakitangan wanita yang berjalan kaki menaiki bukit Angkasapuri. Kurang asam betul! Kakitangan wanita yang menjadi mangsa memberitahu kisah ini kepada abang Putra.


Tapi nasihat abang putra, golongan ni kena hentikan perbuatan tu. Bukan apa takut kena buku dengan ruas. Semalam, akhbar Borneo Post menyiarkan seorang lelaki gila nyaris kena belasah kerana menunjukkan kemaluannya. Nasib baik dia berjaya diselamatkan. Inilah padahnya kalau buat kerja-kerja gila.

abg putra--tunjuk "belalai" pada Tok Mudim.

25 comments:

  1. anaconda eyh abg?
    aagagaggagaaa.. :p

    woohhh!
    padam muke die..
    belasah tang tuuuu die.
    hiks hik..

    ReplyDelete
  2. wohooo smlm orang nmpak anaconda ada owang tunjuk huwaaaaa

    ReplyDelete
  3. 2 Nano, aku bukan bidadari;
    hahahah, anaconda? istilah baru ni, nampak sangat abg ketinggalan!

    ReplyDelete
  4. ni kena rujuk kat psychiatrist ni...uhuhu...abg putra betui ker kat tok mudim jer? ekekek

    ReplyDelete
  5. 2 aku bukan bidadari,
    hahahah, untunglah show free.

    ReplyDelete
  6. 2 arsaili,
    hahahaha, kena tunjuk pada tok mudim, nanti tak leh potong. Yang lain tu, tst lah...hahaha (tahu sama tahu).

    ReplyDelete
  7. amboi2...sonok depa tu...dpt tgok free!! :p

    mcm bg hint nk tunjuk je tu abgputra :p

    ReplyDelete
  8. ``belalai....'' huhuuuuu. manusia ada belalai ke... atau anaconda macam yang nanonano cakap tu... pandai nanonano bagi nama... hehe

    ReplyDelete
  9. muahhahaha...

    ...bukan apa dia nak tgk dunia luar...ROTFL!!

    ReplyDelete
  10. Salam Abg Putra...
    OD ada cerita yang sama. Semasa OD kerja di Penang dulu, kami letak ad untuk cari pekerja termasuklah tukang kebun.
    Jadi, ada seorang mamat ni datang. Rambut dia kerinting afro, orangnya kecil dan dia naik basikal yang budak perempuan selalu pakai dulu. Since dia datang masa orang nak balik, receptionist tu suruh dia datang pagi esoknya.
    Jadi, pagi esok bila OD sampai jam lapan kat depan ofis (rumah banglo dijadikan ofis), OD tahu dia ni yang nak apply utk jadi tukang kebun sebab receptionist tu dah maklumkan sebelum OD balik. OD pun senyum dan keluar dari kereta untuk buka pintu pagar yang berkunci. Semasa itulah, OD perasan dia ni macam tak sihat. Dia sandarkan tangannya kat dinding tepi pagar tu dan sandarkan kepalanya kat tangan dia. OD fikir, apahalnya dia nih. Pastu, bila OD paling dan tengok betul-betul... astaghfirullah... dia tengah... erm...
    OD tak sempat buka pintu pagar lalu terus masuk semula ke dalam kereta dan pecut Burmah Road... sabar saja aku. Uwek! Geli... OD beritahu boss dan boss suruh buat report kat polis. Esoknya, masa memandu dari jeti ke ofis, OD nampak mamat ni naik basikal kat Jalan Burmah tu. Rasa nak langgar je... gegegegege...sakit jiwa aku!

    ReplyDelete
  11. 2 Noushy,
    hahahaha, lawaklah dia nak tengok dunia luar. Pasal lama sangat kat dalam. muhahaaaa. aduh, sakit perut...mak oiii

    ReplyDelete
  12. 2 OD,
    La rupanya ramai dah jadi mangsa anaconda ni ya...haru2. Lain kali siap dengan lastik. Dia tunjuk je, libas cepat2....muhaaaaah

    ReplyDelete
  13. 2 OD,
    Sure 'dia punya' berserabut dan bersawang macam blog Budin. muhahahaha. heheheh

    ReplyDelete
  14. Berapa kali nak tunjuk kat tuk mudin? Salah-salah kena potong habis

    ReplyDelete
  15. 2 Jie,
    aduh arr...sakit perut saya baca komen-komen hangpa semua.

    ReplyDelete
  16. 2 Saiee,
    Potong sekali cukuplah...tak mahu lagi bang oii...muhahaha

    ReplyDelete
  17. agaknyer dia dah kena virus paramugara terlampau kot..

    ~ jie pun bkn main lagi..uhuks :P

    ReplyDelete
  18. 2 Combi,
    Hahaha, macam2 kamu ni combi, mesti kamu tengok video tu...

    ReplyDelete
  19. video tu?? msti la tgk..hottes punyer video smpi masuk tv..abg x tgk ker?aiseyyyy..bole cayer ker??

    ~ sy tgk ngn mata ttp sblah sbb takut mata kelabu..uhuks :P

    ReplyDelete
  20. Eee... Abg Putra ni... ada ke cakap cam gitu... gegegege... tak kuasa teman nak nengoknya... uwekkkk!!!

    ReplyDelete
  21. uiks...ramai ek peminat citer "flasher" ni..mcm peminat iyan jugak..hehehe

    nampaknya topik yg 18Sx mmg menarik minat ramai..nnt abg putra post lagi ye...bes jugak..hihi

    ReplyDelete
  22. Istilah anaconda orait gak tu yer abe? Hahahaha....

    ReplyDelete
  23. salam abg putra.

    im back! akhirnya smpai jgk kt sini smula. bila baca psl kes ni, tringat wkt sy skolah di klang dulu. boarding school agama. belakang hostel tu almost everyday ada la golongan ntahapa2ntah ni duk buat projek. sian la kami yg duk level 3 tu. hari2 nmpak yg ntahapa2ntah jgk. iyekkk... rasa nk bunuh je diorg tu. buat ilmu kitorg sume terbantut je. huhu.

    ReplyDelete
  24. 2 UncleJ dan Azlanlin,
    Saya rasa entri ni banyak komen bukan kerana ia 18SX tetapi kerana ia melibatkan pengalaman ramai orang. Ya, lah ramai yang menjadi mangsa. Kita kena buat sesuatu ni! Terima kasih atas saranan.

    ReplyDelete
  25. 2 Sarah,
    Fikirlah sesuatu untuk tangani golongan begini. Abang cadang lastik je "belalai" dia.

    ReplyDelete

Saya amat menghargai komen anda. Terima kasih daun keladi, singgahlah lagi!