Tuesday, October 02, 2007

Budu bantu awet muda

[Bulan puasa ni, dapat budu cicah dengan ikan terubuk bakar. Pergggghhh]

BUDU dikatakan mampu membantu awet muda. Ehh, biar betul abang putra. Ya, benar seperti kata tagline Noushy, Strange But True. Aneh tapi benar. Bukan tujuan abang putra nak promote Budu kerana abang dari Pantai Timur sama seperti TokNabe. Bezanya, Toknabe oghe Kelate sementara abang putra, ganu kita. Tetapi ini berdasarkan kajian ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Wah, kajian negara-negara maju, tak ke hebat tu!

Saintis negara-negara berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksid dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Budu juga dikatakan mampu memerangi pelbagai penyakit bahaya dan menghalang kanser.

Dan bagi wanita--seperti Kak Long, Noushy, Combi, OD, Jie dan yang sewaktu dengannya--ada berita baik untuk mereka yang suka makan budu. Mereka yang mengamalkan makan budu dapat mengekalkan ketegangan kulit muka dan menghalang proses penuaan.

Kajian juga mendapati budu baik untuk meransang sel otak, merawat kembung perut dan kaya dengan vitamin.

Jadi, tunggu apa lagi. Orderlah cepat!

Abg putra -- saya cakap budu, jangan makan berudu pulak...

21 comments:

  1. abg putra..budu 1/2 kargo anto kt combi disini .bole jd tokey budu(budin tokey baju weii)sodap tu bln pose ni cicah ngn ikan kembung bakaqq>>kacip fatimah x laku dah laaa :P

    ReplyDelete
  2. Dan bagi wanita--khususnya Kak Long, Noushy, Combi, OD, Jie dan yang sewaktu dengannya--ada berita baik untuk mereka yang suka makan budu. Mereka yang mengamalkan makan budu dapat mengekalkan ketegangan kulit muka dan menghalang proses penuaan

    tak tua, tak kedut2..tapi idup tak lama nak buat ape..hahahaha..mcm mana nak hidup lama...sekeliling sedut asap rokok dari kaum lelaki :P

    provo ...provo..hangat nnt nie

    p/s word verification tu tak yah guna la......

    ReplyDelete
  3. time ni la dia ckp pasal may fav..terubuk n budu uwaaa..sini usahkan budu, daun mengkudu dan berudu pun tak nampak batang hidung..sabo jer la

    ReplyDelete
  4. ERRRRR...ABg Putra, emmm budu ni macam shrimp paste ke? Seriously Nshy xtau...hehhehe...

    BTW bunyi kajian ni mcm familiar aje ayat2 tuh..entah2 ni another prank like the benefits of the 'stink beans' before tak?

    P/s Mau kesahihahan kajian itu...hehehhe...

    ReplyDelete
  5. ahahahhaa ye ker ni?? ahaks ..nanti kita pergi meeting kat KT bleh cari budu ..ahaks.

    ReplyDelete
  6. Patut la aku nampak tua
    dulu2 tiap kali berbuka aku makan nasi kerabu mix dengan budu.
    sekakang dah kurang sikit

    ReplyDelete
  7. 2 Combi,

    Amboi banyaknya order. Mana bang putra nak dpt bekalan? Budin tu pernah jadi tokey budu tu tanya dia...hahahaha

    ReplyDelete
  8. 2 jie,

    Bab asap rokok ni kena tanya Sebol dan Budin. Sebab mereka pakar di bidang ni.

    ReplyDelete
  9. 2 arsaili,

    Takkan budu tak ada di Australia. Kalau lagu tu Arsaili kena jadi pengedarlah. Kaya hooo...beribu2 lemon!

    ReplyDelete
  10. 2 Noushy,

    Budu terhasil daripada adunan ikan bilis, garam dan diperam. Keterangan lanjut rujuk pada Budin, sebab dia tokey Budu dulu.

    Saya rasa kajian tu benar sebab ia dibuat oleh negara maju lain bukan Malaysia. jadi tiada kepentingan di sini.

    ReplyDelete
  11. 2 Kak Long,

    Memang budu enak kalau dicicah dengan ikan bakar khususnya pari atau terubuk. perghhh awek cun lalu pun tak nampak...hahaha

    ReplyDelete
  12. 2 Sebik (sejak bila hang tukar nama ni),

    Sebol, elok hang makan budu balik tapi masalahnya tentu hang lebih suka cincalok...

    ReplyDelete
  13. ABG Putra

    Sama mcm kajian ttg the stink beans=petai, actually hanya prank..what they did was,it's actually the benefits of eating banana but they changed all the words banana to petai..siap dgn nama proffesor lagi..so I'm kinda in doubt abt this budu too...

    hehhehe, tiada kepentingan , just 'prank' but if it's true then it is a gr8 discovery..really I doubt it!

    ReplyDelete
  14. Budu letak asam limau, cili api, bawang dan letak sedikit tempoyak...peh...memang sedap kalau pulak cicah ikan bakar. Hehe...tak nama org kelante kalau tak makan budu, tak gitu abg putra. Sbb tu kalau org kelantan cakap...."orang kata bau budu". Hahahahaha..

    ReplyDelete
  15. hehehe sebik lak jadinya.

    esok aku nak cari nasi kerabu

    ReplyDelete
  16. 2 Noushy,

    Sukar juga nak tentukan kesahihan kajian ini. Tapi orang Kelantan yang suka makan budu memang pandai2...hahaha, mungkin kebetulan.

    Bilis yang menghasilkan budu pula memang diketahui kaya dengan zat besi.

    Rasa budu ni, masin sedikit tapi kalau perah asam limau memang ngam beb...perghhh.

    ReplyDelete
  17. 2 Toknabe,

    Benar kata saudara. Tapi saya kena kurangkan sikit makan budu ni. Sebab budu membangkitkan selera, kadang-kadang saya bedal nasi tiga pinggan. Badanpun makin naik. Ini angkara budulah...

    ReplyDelete
  18. 2 Sebol,

    Bol, di Kuching ada satu tempat yang jual nasi kerabu special, berdekatan Hotel Arif. Saya dah cuba, memang terangkat!

    ReplyDelete
  19. hehe..
    lepas ni kena la telan budu satu sudu besar tiap pagi.
    amalan utk awet muda.

    tak lama lagi mesti ade tablet budu lak. tak pon softgel capsule budu.

    pastu ade gula2 rasa budu lak

    semua dgn tagline "budu rahsia awet muda anda"

    lalalala

    ReplyDelete
  20. 2 Julia,

    Itulah kehebatan budu. Tapi ada juga yang ragu tentang kajian tu. Mungkin penyelidik Malaysia boleh buat kajian lanjut.

    ReplyDelete
  21. 9H69Xb Your blog is great. Articles is interesting!

    ReplyDelete

Saya amat menghargai komen anda. Terima kasih daun keladi, singgahlah lagi!