TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, January 28, 2014

Penulisan Berita Radio: Padat, Bertenaga.



1.   Kita berjumpa lagi dalam siri penulisan untuk Berita Radio.  Kali ini, saya hendak bercakap mengenai ekonomi perkataan.  Bagaimana sepatutnya kita menulis perkataan yang padat dan bertenaga.

2.  Saya sering mendengar pembaca berita menyebut, "hujan turun" atau "jatuh terhempas."  Ini adalah salah satu contoh pengulangan.  Hujan semestinya turun. Belum pernah lagi saya melihat "hujan naik".  Jika ia berlaku sudah tentu ia akan menjadi cerita besar.  Ada yang menulis,  Kelantan dilanda banjir akibat hujan yang turun dengan lebatnya, sejak dua hari lalu.  Tulislah begini: Hujan lebat di Kelantan, sejak beberapa hari lalu, mengakibatkan beberapa kawasan di negeri itu, dinaikki air.

3.  Demikian juga dengan perkataan "jatuh terhempas."  Ada yang menulis, pesawat itu jatuh terhempas di lereng gunung. Memadailah tulis dengan perkataan terhempas sahaja kerana ia sudah menggambarkannya jatuh.

4.  Sarapan pagi adalah satu pengulangan.  Tulis sarapan cukup kerana tidak ada sarapan tengahari atau sarapan malam. Yang ada makan tengahari atau makan malam.  Demikian juga dengan ayat maju ke hadapan atau mundur ke belakang.

5.  Ingat, penulisan berita berbeza dengan penulisan novel yang menggunakan ayat yang berbunga-bunga.  Penulisan berita menggunakan ayat yang kemas dan padat.

6.  Satu lagi contoh pengulangan ialah, "beliau berkata demikian ketika berucap".  Berkata dan berucap adalah dua perkara yang sama. Jadi, cukup sekadar guna, "beliau berucap...

7.  Sekian untuk kali ini, kita jumpa lagi dalam siri yang lain. Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails