TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, May 06, 2010

Tubik atau Keluar Sama Maksudnya

Gambar dikebas dari FB Mama Atiq

TUBIK. Apa maknanya. Bagi orang pantai timur seperti saya semestinya faham. Orang negeri lain saya tidak pasti. Kalau di Terengganu Tubik maksudnya keluar. Demikianlah uniknya bahasa dan makna dialek-dialek di negara kita. Ada lagi yang uniknya, perkataan sama tapi maksudnya lain. Teruskan membaca.




Di Sarawak misalnya jangan sebut "lawa" jika terpandang seseorang itu cantik. Katakan kacak kerana perkataan lawa bermaksud sombong. Kalau benak apa maksudnya. Di semenanjung benak bermaksud lembab atau lambat faham sedangkan di Sarawak benak adalah tidal bore (ombak sungai). Kalau cakap orang Sarawak kata madah. Tapi kita di Semenanjung madah lain pula maksudnya. Kita pernah dengar orang kata tak usah bermadah-madahlah. Macam lagu Ziana Zain pulak Madah Berhelah.

1 comment:

Maseko Sakazawa said...

terima kasih, saya jadi paham maksud dari kata-kata tersebut :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails