TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, April 21, 2010

Perihal Diri Penulis


Nordin Sulaiman dilahirkan 55 tahun lalu di Jalan Wireless, Kuala Terengganu. Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu pada 1971 sebelum melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Batu Burok (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Seri Budiman). Selepas menamatkan pelajarannya di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman pada 1984, Nordin kemudian meneruskan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam bidang Komunikasi.

Beliau memulakan kerjaya awalnya di Angkasapuri pada 1988 sebagai Penyunting Berita di Seksyen Berita Radio. Sepanjang bertugas di RTM, Nordin sudah berkhidmat di banyak negeri, seperti Kedah, Terengganu, Kuching di Sarawak dan Kelantan.  Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Penyiaran Kelantan (2010-2011), Pengarah Penyiaran Terengganu (2015-2018).  Kini beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Akademik,  gred B54 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR, Kuala Lumpur.


Falsafah hidupnya ialah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Prinsip ini diterapkan kerana Nordin berasal daripada keluarga yang susah ketika kecilnya. Kesusahan itulah yang banyak membentuk sikap, peribadi dan pemikirannya tentang sesuatu perkara. Beliau mendaki segala kepayahan dan keperitan hidup sehinggalah berjaya berada di puncaknya sekarang.

Semasa bertugas sebagai penyunting, Nordin sudah beberapa kali diberi kesempatan oleh jabatannya, RTM untuk membuat liputan peristiwa penting di luar negara khususnya melibatkan pemimpin negara. Antara negara yang pernah dilawatinya ialah Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Australia, Mesir, Qatar, Mauritius dan Brunei.

Nordin yang dianugerahkan "suara emas" juga sering dijemput menjadi pengacara majlis, penyampai suara latar terbitan RTM dan swasta dan membuat VO untuk iklan-iklan radio/TV.

Beliau juga sering dijemput menyampaikan ceramah untuk pelajar kursus kewartawanan anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, IPPTAR.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails